Monday, June 15, 2015

RESTORAN SEDAP PANTAI REMIS

Bila time office hour, tiba je waktu rehat memang susah nak decide untuk makan mana. Nak-nak pulak kalau keliling office adalah office, kedai makan pun tak banyak pilihan. Nak bawak bekal memang malas. So, hadap je lah.

Minggu ni, plan dengan kawan2 office untuk makan seafood. Kebetulan pulak salah sorang officemate ni selalu pergi kedai area Pantai Remis, boleh kata tiap bulan dia laburkan duit untuk makan kat situ dengan family, sedap katanya.

Nak pergi, jangan serbu terus. Nanti owner tak sempat prepare apa-apa sebab kedai dia bukak kadang2 based on request. Call dulu & tanya kalau2 kedai buka masa kita nak pergi. Selalunya dia akan tanya bila nak datang, dia akan pergi cari seafood yang fresh. Kalau main serang je, akan dikhuatiri seafood yang ada kat kedai time tu yang lebih sehari punya. Maka, jangan merungut kalau tak sesegar seperti yang digembar-gemburkan.

Ini lah rupa kedainya.. Kalau rasa seram jangan pergi berdua. Haha..
Lepas buat reservation, kami gerak dari Kota Damansara lebih kurang pukul 6.30 petang lepas habis kerja. Sampai dekat pukul 8 malam, lalu Jalan Paip. Berhenti Maghrib & ngam2 sampai kedai, azan Isyak berkumandang. Waktu malam, kedai agak suram. Mungkin lokasi kedai jauh dari kedai lain. Ni stok kalau pergi dating ngan pakwe memang kecut perut la. Nasib baik kami ramai, lebih kurang 14 orang. Memang riuh rendah.

Call no tu dulu sebelum pergi ya
Sampai2 je owner keluar menyapa. Kami panggil dia 'Atuk'...Aku pun tak faham kenapa atuk. Sebab si officemate yang kenalkan ni kata kawan kepada kawan punya atuk. Takpelah, yang penting, pergi sana kena bawa 3 perkara utama :

1) Bawa Perut
2) Bawa Duit
3) Bawa BERSABAR

Yang ke-3 tu penting, kalau tak sabar alamatnya boleh sawan kat situ jugak...hahaha
Lepas 2 jam, makan sampai. WOWW!
Semua yang kami order sangat memuaskan hati.

Ni nama dia kijing tak silap..Isi lebih padat dari lala. Recommended!
Sotong goreng tepung, siakap 3 rasa, jenahak bakar, kerang rebus, lala masak merah, ketam masak cili, udang tak ingat masak apa, pepahat tak ingat masak apa... Haa tengok la sendiri.



gambar sebelum makan tak tahu simpan kat mana...

Total harga tak ingat, tapi makan 14 orang, satu kepala cuma keluar RM30 lebih sahaja.. Berbaloi dan sedap!!


No comments:

Post a Comment