HILANGKAN PARUT HITAM DENGAN KAYU MANIS
Ambil kulit kayu manis, celupkan dalam air dan kikis di batu
lesung (Pastikan batu lesung tu bersih ya). Sapukan hasil kikisan kulit kayu
manis tu pada kawasan berparut atau bekas jerawat. In Shaa Allah, kesan parut
akan hilang asalkan rajin buat & amalkan.
** Pstt: Kalau parut pada kulit muka, jangan letak hampir
dengan mata ya. Kesannya nanti, kulit akan terasa pedih yang boleh buat
mengalirkan air mata. Hehe
MEMUTIHKAN KULIT MUKA
Ada 3 petua yang selalu aku amalkan:
Guna Timun
Ambil sebatang timun dan parut isinya.
Kemudian, campurkan dengan setengah biji limau nipis, tambah sikit bedak sejuk.
Tepek pada muka setiap malam sebelum tidur. In Shaa Allah kulit muka akan jadi
cerah dan kesan jerawat mula hilang. Kalau tak selesa untuk bawa ke tidur,
boleh gunakan sama seperti pakai masker, cuci setelah kering atau 20-30 minit.
Tomato
Cuci buah tomato. Hiriskan dan buang
bijinya. Sapukan hirisan tomato pada kulit muka. Kena sabar dan lakukan hingga
tomato rata sepenuhnya pada muka. Atau, dengan cara lain, tomato yang dihiris
tadi, diambil isinya, lenyekkan dan sapu pada muka.Biarkan kering & bilas
dengan air suam.
Cuka Epal (Apple Cider)
Ramai yang tak tahu, cuka epal boleh
dijadikan toner pada kulit wajah. Cara ni lebih semulajadi untuk mengelakkan
kita terlalu bergantung kepada alat-alat kosmetik yang mengandungi pelbagai
bahan. Caranya sangat mudah. Cuka appal dicampurkan dengan air masak sebelum
disapu pada wajah. Nisbah cuka epal mesti sama banyak dengan air. Sebagai
contoh, satu tutup cuka epal, air juga mesti satu tutup. Sapukan pada wajah
sama macam pakai toner (elakkan terkena mata). Boleh olahkan sebelum tidur,
ataupun waktu pagi sebelum sapu cream muka.
TIPS NAK PILIH CUKA EPAL YANG BAGUS
Cuka epal yang bagus, yang disertakan dengan sari patinya sekali atau mat salleh kata "with the mother". Setakat ni yang aku jumpa, brand BRAGG. Kalau nak tahu jenis yang mana ada pati ni, korang boleh tengok, yang berpati warnanya lebih gelap dan berkeladak. Berkeladak bukan sebab kotoran, tapi itulah sari pati yang dihasilkan daripada proses penapaian dibuat.
SELAMAT MENCUBA!
Gambar ihsan Google |