Sunday, November 6, 2016

KETAM MASAK LEMAK CILI API

Sepanjang minggu lepas teringin sangat nak makan seafood, terutama sekali ketam..
Makanya, habis kerja Jumaat tu aku singgah pasar malam uptown KD, nak tengok2 apa yang berkenan untuk dimasak.

Melangkah je pasar malam mata dah memang terpaku pada timbunan ketam yang segar & besar2 kat ruang masuk. 

Aku memang tak pandai pilih ketam, jadi bila abang jual tu offer utk pilihkan bagi pihak, lagi menyenangkan kerja. Siap siangkan terus. (Ketam pun kena siang ya, bukan masuk kuali segedebuk)..
.........................................................................................................................
IKLAN 
(SEBELUM ABANG JUAL DATANG SELAMATKAN KEADAAN) :

Tengah pilih2 ketam tiba-tiba sepit dia tu bergerak. Terkejut, melatah sambil baling ketam kat abang jual tu. Maluuuuuu....
Pakcik kat sebelah aku tegur  "Kenapa, ketam hidup lagi ya..hahahaha"
Kuang ajoo dia gelak besar weh!
Ada 3-4 orang gelakkan. Jatuh saham babe! hahaha
.......................................................................................................................

OK sambung..
Dua ekor ketam cukuplah, besar.. Dua ekor pun harganya RM17.60, harga sekilo RM27. Tak pasti mahal atau murah, selama ni makan yang siap masak je kat kedai. hehehe

Balik rumah, lepas solat maghrib terus masuk dapur buat masak lemak cili api my peberet. Jom aku bagitau macam mana nak buat, senang je..

BAHAN-BAHAN:
  1. Ketam 2 ekor
  2. 200 ml santan (aku guna santan kotak)
  3. Kunyit hidup (3 ruas jari telunjuk)
  4. Cili api 5 biji (tambah jika suka lagi pedas)
  5. Daun kunyit 
  6. Air (400 ml) - guna kotak santan untuk sukat air
  7. Garam
  8. Gula 
Bahan-bahan seperti diatas..

CARA-CARA:
  1. Basuh ketam & bahan-bahan lain
  2. Tumbuh cili api & kunyit hingga lumat
  3. Masukkan santan & air ke dalam periuk
  4. Masukkan bahan yang telah ditumbuk
  5. Hidupkan api dapur (sederhana)
  6. Biarkan hingga santan membuak (perlu sentiasa kaup/kacau supaya santan tak pecah - TAK BOLEH TINGGAL YA)
  7. Masukkan ketam
  8. Masukkan daun kunyit (carik-carikkan aje, kalau rajin hirislah)
  9. Perisakan dengan garam & gula
  10. Perlahankan api
  11. Biarkan santan memekat mengikut cita rasa yang nak
  12. Siap
Aku lebih suka guna santan kotak KARA, tapi kat pasar malam ada yang ni je...Bolehla.

Cili + kunyit ditumbuk...

Besar & isinya padat..

Mendidih..Periuk kecik, jenuh nak kacau..
Taraaaaa...Puas hati aku makan 2 ekor skali hadap..
(dalam gambar cuma seekor)..
SELAMAT MENCUBA!


Saturday, November 5, 2016

SANDWICH UNTUK 'POTLUCK' DI PEJABAT


Tak ada idea untuk dibawa ke jamuan potluck kat pejabat?
Tak reti masak?
Takut orang sakit perut?
Ishhh... ishhh..ishh..

Buat sandwich la, tak perlu tumis2 bagai. Semua bahan fresh dari market. hehe


Just nak share, aku buat 3 jenis sandwich untuk dibawa ke potluck Khamis lepas. Memang bersengkang mata jugak nak buat, walaupun rasa too ambitious tapi tetap nak semua officemate rasa hasil tanganku.. "I pun pandai buat makan2 okey"..  

NAHH, hasilnya semua orang makan dengan senyuman.. Siap ada yang cadangkan aku jual. Sedap la tu! 

Sandwiches yang aku buat:
  1. Chicken mayonis
  2. Egg mayonis
  3. Chicken slice + cheddar cheese

Chichen mayo + salad + coleslaw + timun + tomato

Salad yang aku guna...

Cuci satu per satu ya, masukkan dalam bekas, letakkan air 1/4 bekas, wrap, simpan dalam peti...

Egg mayo + timun + tomato


Puas hati dapat hasil yang macam ni...Proud of myself! muahaha