Tuesday, April 4, 2017

EKSPIDISI KE ROYAL BELUM, PERAK

Assalamualaikum....

Dah berhabuk dah blog ni, lama kena tinggal. Mood hilang. Susah pulak tu nk kejar balik sebab tak tahu hilang kemana.

Tapi hati dan jiwa memberontak suruh cari jugak, Last-last jumpa dah. Tapi sikit je, boleh la. Boleh guna untuk update cerita yang dah basi, yang lama dah aku simpan ni..

Entry ni nak kongsi pengalaman aku ikut aktiviti dengan kawan sekolah menengah pergi ke Royal Belum, Perak. .. Berbelas tahun tak jumpa, lepas SPM terus bawa haluan masing-masing. Lately dia punya post pasal aktiviti yang dia join asyik lalu kat wall aku je, geram pulak rasa. So aku mntk nk join kali ni..Disebabkan kawan tu lelaki, aku segan la sorg2.  Aku ajak lagi sorg ex-officelate, Yola. Yola ajak adik sepupu dia, Fiza. OK tak segan dah.

Hari kejadian, berkumpul di Bandar Tasik Selatan. Kami naik bas menuju ke Grik, Perak, bertolak jam lebih kurang 12 tgh malam. Dua biji bas...Ramai. Rupanya-rupanya group ni ada dalam 90 orang. Kami pergi amek pakej terlajak murah dari Caravan Serai. Untuk 2 hari 1 malam, sekali dengan transport, makan, penginapan dalam houseboat, tempat melepak, jalan-jalan cuci mata.. OK babe, berbaloi-baloi.

Hah, sampai di Grik jam 6.00 pagi lebih kurang, berhenti Subuh & bersihkan diri kat masjid. Siap sarapan semua, kami gerak sampai ke Jeti Tasik Banding jam 8.30 pagi. Dah mula nampak tasik yang meluas.. Ni tasik buatan yang mempunyai keluasan kira-kira 152km persegi. Luasnya... Subhanallah.

Dah sampai semua, kami dibahagi kepada 3 kumpulan, sebab ada 3 buah houseboat. Dari jeti, houseboat bergerak menuju ke Tasik Temenggor yang mengambil masa kira-kira 2 jam. Sepanjang perjalanan memang best giler pemandangan. Yaaa, duduk dalam rumah dan rumah bergerak atas air. Air tasik lawa pulak tu. Sangat2 best...




Dua hari kami memang putus hubungan dengan dunia luar. No internet, no wifi no fb no bagai-bagai..Tahan je diri dari nak check in dalam FB kan.. kakakaka..


Inilah rumah kamu untuk 2 hari 1 malam..
Antara aktiviti yang kami lakukan, yang termasuk pakej ialah melawat perkampungan Orang Asli, mencari Rafflesia, mandi air terjun, mandi tasik, berakit, boleh memancing, karaoke, BBQ... Kalau kau jenis DIVA-DIVA, tak perlulah join aktiviti macam ni. Rentung kang. Dah pulak mandi & makan semua nak kena beratur, berkongsi semua macam dalam satu family yang besar. Besar la, dalam houseboat yang aku tinggal tu ada lebih 30 orang campur lelaki dan perempuan. Masing-masing pandai jaga batas yaa..

Pengalaman baru bagi aku.. Nak solat kat tengah-tengah tasik yang kau tak tahu mana arah kiblat, boat pulak tengah bergerak. Nak ukur dengan bayang pun aku tak mahir.. Maka, abang2 ustaz tolong tunjukkan arah kiblat. Terus buat jamak, senang. Tak ada alasan ya, semua yang kita buat ni pun dengan Izin ALLAH. Jadinya, DIA suruh solat, solatlah. Kau jauh dari darat, kalau tak lepas balik rumah, naya je.. Masa tu baru nak ingat DIA...

Keseluruhannya, seronoklah. Nak kata apa lagi. Dapat kenal kawan baru, dapat pengalaman baru, dapat tidur tengah2 tasik.. Nyaman... Owh ya lupa, waktu malam memang sangat sejuk. Tak bukak kipas sejuk mengigil. Nasib aku bawak sleeping bag, lena sampai Subuh tanpa gangguan...

Kalau nak merasa, cuba korang search page Caravan Serai Holidays kat FB. Cari sendiri ya, ini iklan free tak berbayar. Hehehe...

Bangun pagi, posing.. x mandi lagi tuh. 

Akak cubaa.. Tangan yg hujung skali spoil. Bengkok! Aku la tu.

Seronok.. Bangun pagi terus kecebur! Wajib pakai life jacket utk keselamatan.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian...
Di Perkampungan Orang Asli..



Amacam, boleh jadi Cinderella tak? HAHA
Cinderella dengan Dayang-dayang...


Tak tahu kucing sape boleh ikut sampai ke tengah tasik...Enjoy kau eh! 
Group photo.. Nak balik dah.
 TAMAT!