Friday, August 5, 2016

Kat Mana Nak Makan di Kota Damansara

Sejak 2002 tinggal di Kota Damansara, segala selok belok jalan kawasan sini In Shaa Allah, kalau ditanya boleh lagi nak bagi direction. Tapi, bila orang tanya apa yang sedap kat Kota Damansara ni, yang tu aku failed! Selera orang lain-lain, tekak aku ni cerewet. Bila orang kata sedap, kita pegi try tapi tak sedap, kalau kita kata sedap, orang cakap tak sedap. EH!

Tapi lately suka heret housemate pergi jalan-jalan cari makan di merata tempat. Baru-baru ni viral kat FB tentang meatball Boolat di Subang Bestari. Nak g Subang Bestari tu cuma 10 minit je dari Kota Damansara ni. Katanya bukak jam 6 petang, tapi aku pergi lepas Maghrib. Selesai semua baru sedap sket nak sembang sampai lebam.



Hakak order meatball  10 bijik, lupa la pulak harganya tapi tak sampai RM10.00... Rasa dia, 5 kali ganda lebih sedap dari meatball Ikea... hehe.. (Bergantung ya pada selera masing2). Daging diaaa...mmmuualllahhh!! Sangat terasa daging, lembut, kunyahan demi kunyahan, seketul demi seketul..Laaaa, habis dah? Haaa... tak cukup order la lagi. Tapi lama sket nak tunggu, pergi malam minggu ramai orang. Nak2 pulak tengah viral, orang mencari la. Yang menjualnya ada la adik2 dua tiga orang. Harap rasa & kualiti nya tetap sama la dik ek walaupun meatball korang dah femes. Jangan main tukar2 rasa pulak tau...Hehehe..Lokasinya, depan Apartment Damai, Subang Bestari. Seberang jalan tu kan, ade deretan kedai2 tu. Dia kat celah2 kedai makan Maghi Raso. Tempatnya ala2 foodcourt gtu, ade screen layar besar kat tengah..

Dalam gambar kat atas tu ada pulut mangga.. Uhhh!! Kalau ada butang dislike, 10 kali aku tekan. Pepaham sendiri lah ye..

Lagi satu, situ ada jual steamboat yong taufu yang sedap.. Sebelah khemah Meatball Boolat tu je. Satu cucuk Seringgit, kuah nya puas hati. Sedap dan murah! Kakak2 yang jual pun peramah je..Jangan korang pergi dengan muka ketat, korang harapkan orang lain balas dengan senyuman pulak. Kecepuk kang hakak kasi!

GULAM MEE tau? Situ makanan aku rasa semua mahal. Entah kenapa ramai manusia suka lepak situ. Dulu aku suka la pegi dengan housemate, tapi tahun 2016 ni dah kureng pegi. Bila nak jumpa orang je, dan orang tu pulak hanya tau Gulam Mee je.. So, terpaksalah pegi jugak.




Kat Gulam, kalau tanya pekerja yang datang ambil order tu apa yang sedap, dia akan jawab ''Semua sedap..'' So, jangan lah buang masa tanya. Ni haa, sataynya not bad. Ayam keras, daging je yang sedap. Daging cukup rasa rempah, manisnya.. lembut pun lembut. Secucuk seringgit. Tau tak Gulam kat mana? Tahu traffic light Mcd? Mcd Kota Damansara lah! Kalau Mcd tu sebelah kanan korang, angkat kepala ke depan, tengok kat depan sebelah kiri. Nampak la Gulam Mee yang tersergam gagah. Hehehe...

Lagi, nasi lemak kat Gulam tu pun aku suka. Sambal dia sedap. Tapi tu lah, kadang terlebih pedas pulak. Bila tanya hakak cashier kenapa pedas, katanya faktor cili kering yang dipakai. Mungkin minggu ni cili kerinting, mggu depan cili lurus.. Pun boleh. Eh, cili lurus bekilat tu lebih pedas tau. Tak caya tanya mak korang. Tak pun try la sendiri.. Ok Bye!



No comments:

Post a Comment