Dua bulan lepas ikut kawan2 pergi ke PD, nak panjat Bukit Batu Putih yang terletak di Tanjung Tuan. Betul2 berhadapan dengan Ilham Resort.
Pada mula bila dengar nak panjat2 ni sangat tak confident sebab tahu sangat stamina diri sendiri macam mana. Lately malas pulak tu exercise, makan je rajin. Tapi bila baca dari blog2 kawan2 yang dah pernah pergi, tengok pulak pemandangan yang cantik, walau separuh hati mula2 tadi, dah bertukar excited terus.
Hari kejadian aku dan kawan2 bertolak jam 6.30 pagi dari Kota Damansara, setengah jam lewat dari jadual. Sampai sana jam lebih kurang 7.30 pagi. Tak laju, 120km/h je. Ikut waze dia bawak jalan yang tak jammed. Alhamdullillah sampai tanpa sesat.
Kami berkumpul depan post guard untuk register nama dan bayar RM1.00 satu kepala dikenakan. Cuma perlu tulis nama sahaja, kalau ramai2, biarlah sorang je wakil yang tulis, tak perlu berkumpul kat kaunter tu sangat, semak orang lain tengok.
Selesai semua, lebih kurang jam 8 pagi kami terus jalan je. Tak ada sesiapa yang nak guide, kalau tak tahu, ikut jelah orang lain kat depan tu, buat2 ramah bersembang. Nanti tanyalah arah mana yang perlu korang pergi. Kalau jenis malas bukak mulut, diam. 'Malu bertanya sesat jalan..'
Takpun baca dengan teliti penceritaan orang2 yang dah pernah sampai sana sebelum korang mulakan aktiviti ni. OK, just nak bagitahu, mula2 tu kena mendaki jalan tar dulu. Jalan berbukit, mencanak bukitnya, Semput jugaklah walau lemak kat badan ni segan2 je nak ada.. Akibat malas bersenam.
Jalan lebih kurang setengah jam, korang akan nampak rumah api atas bukit tu. Tapi bukan nak naik situ, kita punya trek ada belah kanan, denai yang agak tersorok di sebalik anak2 pokok. Bila dah masuk hutan, kami masing2 tertanya-tanya, 'owh, macam ni ke?..' Sebab jalannya agak luas dan lapang, mendatar dan tidak berbukit sangat. Meman tak penat sebab jalan sikit, stop posing.. Perempuan. Dia dah siap posing, panggil kawan suruh snap. HP dia simpan dalam beg. Haihhh.
Boleh buat filem Hindustan, berjangkit dari pokok ke pokok sambil golek2 kat tanah... |
Nak panjat ke peak untuk bergambar |
Walau selama mana perlu bertapa, saya tetap setia disini..Eh! xde kaitan.. |
Segala pujian kepadaMU yang mencipta alam... |
Laluan turun pulak kami tak ikut jalan masuk tadi. Konon nak pergi pantai. Yang ni laluan agak mencabar dan licin, Gunalah tali yang disediakan, tak perlu berlagak hebat sangat nanti kalau terseliuh, susahkan kawan pulak nak papah. Pesan jeeee...
Laluan turun ke pantai.. |
Over masing2... |
Mengharapkan encik sebelah dapat tembak ayam hutan untuk dibuat santapan tengahari..Aummm |