Sunday, May 14, 2017

PANJAT BUKIT BATU PUTIH, TANJUNG TUAN, PD

"You never know how strong you are until being strong is the only choice you have"

Dua bulan lepas ikut kawan2 pergi ke PD, nak panjat Bukit Batu Putih yang terletak di Tanjung Tuan. Betul2 berhadapan dengan Ilham Resort.

Pada mula bila dengar nak panjat2 ni sangat tak confident sebab tahu sangat stamina diri sendiri macam mana. Lately malas pulak tu exercise, makan je rajin. Tapi bila baca dari blog2 kawan2 yang dah pernah pergi, tengok pulak pemandangan yang cantik, walau separuh hati mula2 tadi, dah bertukar excited terus.

Hari kejadian aku dan kawan2 bertolak jam 6.30 pagi dari Kota Damansara, setengah jam lewat dari jadual. Sampai sana jam lebih kurang 7.30 pagi. Tak laju, 120km/h je. Ikut waze dia bawak jalan yang tak jammed. Alhamdullillah sampai tanpa sesat.

Kami berkumpul depan post guard untuk register nama dan bayar RM1.00 satu kepala dikenakan. Cuma perlu tulis nama sahaja, kalau ramai2, biarlah sorang je wakil yang tulis, tak perlu berkumpul kat kaunter tu sangat, semak orang lain tengok.

Selesai semua, lebih kurang jam 8 pagi kami terus jalan je. Tak ada sesiapa yang nak guide, kalau tak tahu, ikut jelah orang lain kat depan tu, buat2 ramah bersembang. Nanti tanyalah arah mana yang perlu korang pergi. Kalau jenis malas bukak mulut, diam. 'Malu bertanya sesat jalan..'

Takpun baca dengan teliti penceritaan orang2 yang dah pernah sampai sana sebelum korang mulakan aktiviti ni. OK, just nak bagitahu, mula2 tu kena mendaki jalan tar dulu. Jalan berbukit, mencanak bukitnya, Semput jugaklah walau lemak kat badan ni segan2 je nak ada.. Akibat malas bersenam.



Jalan lebih kurang setengah jam, korang akan nampak rumah api atas bukit tu. Tapi bukan nak naik situ, kita punya trek ada belah kanan, denai yang agak tersorok di sebalik anak2 pokok. Bila dah masuk hutan, kami masing2 tertanya-tanya, 'owh, macam ni ke?..' Sebab jalannya agak luas dan lapang, mendatar dan tidak berbukit sangat. Meman tak penat sebab jalan sikit, stop posing.. Perempuan. Dia dah siap posing, panggil kawan suruh snap. HP dia simpan dalam beg. Haihhh.


Boleh buat filem Hindustan, berjangkit dari pokok ke pokok sambil golek2 kat tanah...


Haaa,  tak sampai setengah jam dah sampai puncak. Peluh pun acah2 je nak keluar. Nak naik puncak tu agak bahaya sebab kena panjat batu kapur, agak rapuh juga. Kami naik masa tu ada tali, dah sampai atas, MasyaAllah....Indah sangat. Dikelilingi laut, boleh nampak pantai kat bawah, nampak kapal besar yang sedang berlabuh. Memang cantik. Tapi yang tak best, atas tu sempit. Nak tangkap gambar kena bergilir ikut turn. Tak perlu lama2 lah, panas. Rentung nanti.


Nak panjat ke peak untuk bergambar
Walau selama mana perlu bertapa, saya tetap setia disini..Eh! xde kaitan..

Segala pujian kepadaMU yang mencipta alam...
Laluan turun pulak kami tak ikut jalan masuk tadi. Konon nak pergi pantai. Yang ni laluan agak mencabar dan licin, Gunalah tali yang disediakan, tak perlu berlagak hebat sangat nanti kalau terseliuh, susahkan kawan pulak nak papah. Pesan jeeee...


Laluan turun ke pantai..
Alhamdullillah, pantai pun bersih. Kalau tidak disebabkan masing2 dah kebulur, memang lama la kami lepak kat pantai, Tambahan pulak tak ada bawak baju persalinan, tak dapat nak mandi..Huhuhu.. Jadinya masing2 buat keputusan untuk JJCM kat kawasan yang berdekatan.


Over masing2...
Mengharapkan encik sebelah dapat tembak ayam hutan untuk dibuat santapan tengahari..Aummm
Total kami panjat sampai puncak, tak sampai sejam pun, Nak turun, pun tak sampai sejam,, Tapi tambah masa lepak kat pantai, jam 12 tengahari macam tu kami dah gerak keluar..Nak tahu best ke tidak, kena pergi sendiri...Good Luck!

No comments:

Post a Comment