“Feelings don't walk away, people do...."
Ehemmm…. Lain macam bunyi quote kat atas ni kan, pedas pulak
rasa… hehe
.
.
Hari Isnin baru-baru ni kawan2 office plan nak buat potluck,
dorg dah bahagikan siap2 dah orang tu kena masak apa, orang ni kena masak apa.
Aku dapat rendang ayam. Actually memang request untuk masak rendang ayam pun.
Terkejut kakak2 office bila kata aku boleh masak rendang ayam… Apa? Ingat orang
tak reti masuk dapur ke? Tengok orang laaaa… :-P
Al kisahnya, Ahad sebelum kejadian aku keluar pergi satu
pasaraya yang dekat dengan rumah untuk beli semua bahan2 untuk dimasak.
Masuk Pasaraya Suria, amek bakul dan terus ke bahagian
barang-barang basah. Tengok ayam, Nampak tak fresh. Cancel, nanti pergi beli
kedai lain. Pergi bahagian rempah ratus, amek jintan putih, jintan manis dengan
ketumbar. Ketumbar tinggal 1 paket je, tak ada bar code pada paket ketumbar tu
tapi aku biasa beli paket yang macam ni harganya Satu Ringgit.
Pada yang tak kenal, ini namanya KETUMBAR ya... |
Selesai amek barang-barang yang dah disenaraikan lebih awal
kat rumah tadi, aku proceed nak bayar. Cashier pasaraya ni aku agak warganegara
Vietnam, perempuan, tak pandai cakap Melayu. Setakat “kakak, kakak” tu ok la.
Si dia scan satu per satu barang yang ada dalam bakul tadi, sampai tang
ketumbar, dia laung kat kawan yang ada di kaunter depan sambal tunjuk paket
tersebut. Bahasa dorg memang tak difahami, tapi mindaku mentafsir yang kawan tu
suruh taip apa yang dia eja dalam system di computer kawan ni.. Dia cakap
ketumbar, tapi ejaannya disebut satu per satu ialah KEPUMBAR, enter! Tak dapat.
Tanya balik, kawan tu cakap laju-laju. Aku pun tak dapat tangkap apa yang dia
eja, yang pasti aku Nampak kawan ni taip KEMUBAR. Aku tegur salah dan bagitahu
ejaan yang betul K.E.T.U.M.B.A.R… Dia tak nak dengar. Tiga empat kali juga dia try & error, aku menahan rasa. Last2 dia cari S.A.Y.U.R
dan caj RM 1.90 !! Wahh, mudah hidup. Of cozla hakak bengang dan tak setuju.
“Ini rempah, bukan sayur.. Kenapa awak charge saya RM 1.90?
Ini bukan sayur..”
Cong ceng cong ceng dia sembang dengan member jiran depan
kaunter.
Disebabkan hakak degil, dia bagi hakak key board untuk taip ejaan yang
betul. KETUMBAR, enter!
Hah dapat, tapi ada banyak harga dan berat. Dia pilih
yang berat 150g, harga RM 1.60.. Salah la kakak. Siapa yang cashier ni? Hadoiii... Ini berat 100g la. Tak setuju lagi.
Kemudian datang sorang pekerja lelaki selamatkan keadaan.
Dia hulur paket yang sama, ada bar code. Mana dia dapat tak pasti, dan harganya
SAHIH ialah Satu Ringgit! Uwaaa… hakak bengang hampir kena game dengan minah
ni. Mencik mencik mencik! Mentang2 hakak kecik molek, dia senang2 nak memperkotak-katikkan
hakak.. Kecewa sangat. Sikitpun dia tak say sorry atau tunjuk rasa bersalah, dia cuma sambung cong ceng cong ceng dengan kawan tu, marah mungkin bagi info yang salah. Tak kira, hakak sakit hati dah. Sabar sabar jugak, lebih baik tak melabur pada tempat yang salah.
Maka hakak mengambil keputusan drastic untuk meninggalkan
begitu sahaja semua barang2 tersebut dan keluar kedai dengan tangan yang kosong
tapi dengan hati yang penuh dengan bengkak sana dan bengkak sini..
“Cancel semua, you tak jujur…” Macam lah dia faham kan. Jalan laju2 ke keretaa.
Hakak tak nak pergi kedai tu lagi dah. Nanti terrbuat
perangai lain pulak kang.
Dah pergi kedai ke-2, Wall Mart kat Seksyen 6 Kota
Damansara, settle semua. Cashier adik manis bertudung, senyum je… Sejuk hati
akak dik.
Ok tu je nak cerita….
Jom masak rendang!
No comments:
Post a Comment