Thursday, July 13, 2017

RENDANG AYAM RESEPI BONDA

"One of the best lessons you can learn in life is to master how to remain calm..."



Assalamualaikum….

Selamat Hari Raya ke 19, pejam celik sekejap je masa berlalu. Sempit sangat dah rasa dunia sekarang. Rasa macam baru lagi sibuk2 nak sambut Ramadhan Kareem haritu, tup tup dah nak habis puasa.. Haaa…Dah habis puasa 6 belum? Jeng… jeng jeng…

Ok kali ni nak berkongsi resepi rendang ayam bonda tersayang. Resepi ni memang 100% daripada tunjuk ajar mak, sejak dah pandai buat, dah diluluskan oleh Ketua Biro Masakan (ayah) :-P, maka setiap tahun sejak lebih kurang 4-5 tahun yang lalu, memang aku yang masak rendang bila time Hari Raya. Kalau kakak ada, aku undur diri lah sebab dia tak ikut resepi mak, dia ikut suka-suka dia. Jadi tak boleh ada dua chef kat dapur, nanti takut pisau melayang… Bila dia raya rumah mertua je, barulah dapur itu aku yang punya dan Biro Masakan yang dianggotai oleh aku, mak dan ayah pun berkuasa sepenuhnya ikut kehendak chef yang telah diiktiraf oleh biro ini…

Baru-baru ni masak rendang ayam untuk dibawa ke potluck office. Disebabkan kakak-kakak office selalu perli bila nak merasa masakan aku, kali ini lah nak tunjuk skill pun.. Haha… Tunggu yaa kakak.

Sebelum tu nak bagitau siap2, disebabkan ini resepi yang diturunkan dari mak, jadi semua bahan2 pun bukan yang segera punya. Semua buat dari A ya… Sampai kerisik tu aku buat sendiri walaupun dah ada yang siap packing kat pasaraya. But untuk potluck ni, aku guna kerisik segera je sebab Pengawas (mak aku) xde sekali… Shhh..

Sedap juga kerisik yang ini..


Meh nak bagitahu macam mana nak buat kerisik :
  1. Goreng kelapa parut sampai semua bertukar warna perang (semua, bukan perang pucat tapi perang yang GARING).
  2. GARING dalam erti kata ini ialah, bila awak pegang, memang ada rasa kerangupan kelapa tu
  3. Tumbuk sampai pecah minyak, memang betul2 PECAH MINYAK (Tumbuk ketika masih panas lebih senang nak hancur lumat)
  4. Dah boleh guna untuk masak rendang

JOM MASAK RENDANG!

INI BAHAN-BAHAN NAK BUAT RENDANG AYAM
  1. Ayam     - 2 ekor (potongan biasa ialah kerat 18)
  2. Santan – 1 setengah biji kelapa (Anggaran dalam 500g santan)
  3. Kerisik – Setengah biji
  4. Nisey Kelantan (Gula Melaka) - 2 keping
  5. Garam secukup rasa
  6. Daun Kunyit (Untuk hiasan) - 3 ke 4 helai
BAHAN-BAHAN A:
  1. Jintan manis – 1 sudu kecil
  2. Jintan putih – 1 sudu kecil 
  3. Ketumbar – 1 sudu kecil 
** Kesemua bahan disangai (goreng tanpa minyak)  - Masukkan ketumbar dulu, lepas seminit baru masukkan jintan manis & jintan putih) - Lebih kurang 5 minit. Tumbuk hingga jadi serbuk.



BAHAN-BAHAN B (Dikisar) :

  1. Bawang merah besar – 8 hingga 9 biji (aku suka taruk banyak- untuk buat awas)
  2. Bawang putih – 1 labu
  3. Lada kering – 1 genggam (ikut tahap kepedasan masing2)
  4. Lengkuas – 3 ruas jari
  5. Halia – 2 ruas jari
  6. Serai – 4 batang

CARA-CARA :
  1. Kisar Bahan-bahan B & tumis sehingga pecah minyak
  2. Masukkan nisey (atau kalau xde boleh guna gula pasir sahaja)
  3. Masukkan garam
  4. Masukkan bahan-bahan A yang telah menjadi serbuk
  5. Masukkan kerisik
  6. Pastikan semua sebati, masukkan ayam
  7. Untuk elakkan ayam hancur, terus masukkan santan
  8. Dengan api sederhana, kacau sesekali sahaja sampai dapat kepekatan yang korang inginkan
  9. Bila ayam empuk, masukkan hirisan daun kunyit
  10. Biar seketika, dan padamkan api
  11. SIAP
Hope resepi ini membantu ya...

Oh ya, nisey Kelantan tu aku xtau nak terjemahkan macam mana, tapi rasa dia lebih sedap dari gula melaka, lebih sedap dari gula pasir biasa. 

GOOD LUCK!

No comments:

Post a Comment