Sunday, September 8, 2019

NEWBIE PANJAT BUKIT BATU CHONDONG, KEMENSAH

AWAS! POST AGAK PANJANG. SEDIAKAN POPCORN DAN COKE BERSAMA ANDA ;-p

Hujung minggu datang lagi. Tunggu juga kalau ada kawan-kawan ajak pergi kemana-mana memandangkan aku free minggu ni, cuti pulak tiga hari. Ada bawa balik kerja office untuk sambung di  rumah, tapi sempatlah siapkan memandangkan cuti panjang.

Malamnya Ila ajak untuk naik Bukit Batu Chondong atau lebih dikenali dengan BBC pagi esok. Aku dan Zamri setuju nak ikut. Tak sempat nak panjangkan offer ke group yang lain memandangkan malam tu pun masing-masing macam 50-50 lagi jadi atau tidak.

Tarikh                                                  : 7 Sept 2019 (Sabtu)
Lokasi                                                  : Jalan Ulu Klang, Kemensah
Landmark                                          : Zoo Negara Malaysia
Tempoh sampai ke puncak           : 30 minit
Bayaran                                             : Tiada (FOC)
Permit                                                 : Tidak perlu


Seawal jam 7.10 pagi aku gerak dari rumah. Waze ke Zoo Negara. Estimated time of arrival (ETA) dalam 30 minit, akan sampai dalam 7.40 pagi. Perjanjian dengan kawan-kawan lain untuk jumpa di meeting point pukul 7.30 pagi, paling lambat pun 8.00 pagi. Risau juga kawan lagi 2 orang ni tak muncul. Subuh tadi aku call kejutkan Ila, lemah je dia jawab. Call Zamri langsung tak berangkat. Jangan lipak sudah!

Jalan raya agak lengang pagi tu. Mujur juga, kalau tak pasti akan ada jammed kat mana-mana nanti.

Sampai di Entrance Zoo Negara dalam jam 7.50 pagi. Ramai juga orang berkumpul depan zoo, mungkin ada lawatan sebab Nampak macam kumpulan pelajar. Aku terus drive sampai ke parking Entrance B, park sekejap untuk tunggu Ila dan Zamri. Selang 10 minit Zamri sampai, disusuli Ila dalam 10 minit kemudian. Pada mula kami nak tinggalkan kereta kat situ dan bergerak ke Kemensah dengan satu kereta je, tapi Zamri kata lebih baik parking kereta di dalam sana memandangkan parking di sini RM10 per entry. Mahal!. Jadi kami pun bergerak 3 kereta, Zam tunjukkan jalan.

Jalan memang sempit, bila bertembung dengan kereta dari arah bertentangan memang salah sebuah kena mengalah. Mujur bukan tepi gaung atau jalan curam, jadi tak perlu risau. Jalan selamat je, Cuma perlukan sedikit kemahiran untuk mencari ruangan bila perlu. Dari pemerhatian awal, orang tak berapa ramai haritu. Cuti panjang hujung minggu sempena Birthday YDP Agong 9 Sept, mungkin ramai balik kampong gamaknya. Atau, mungkin awal lagi.

Ada juga penduduk di situ buka gerai tepi jalan untuk sarapan, atau mungkin sampai lunch, atau dinner. Tak pasti.  

Ini di puncak utama..

Okay. Dalam 15 minit drive, kami sampai ke kawasan untuk mendaki. Parking kereta kat tepi-tepi jalan je. Zam kata InsyaaAllah selamat. Mudah-mudahan.. Tak perlu bayar apa-apa, dan tiada permit diperlukan.

Kalau korang 1st time nak ke sini mungkin akan terlepas pandang laluan masuk untuk mendaki. Mujur juga Zamri dan Ila dah pernah datang beberapa kali, jadi aku tiada masalah untuk mengenalpasti di mana tempat permulaan. 

Tak terfikir pulak nak snap gambar di laluan masuk. Maklumlah seronok jumpa geng Cliffordian, sampai je parking tadi, keluar kereta sampai berjalan sama-sama untuk mendaki, pot pet pot pet aku dengan Ila. Zam Cuma jadi pendengar setia, sekali sekala dia join gelak bila kami berdua buat lawak.



Start pendakian pun dah pacak. Aku under estimate BBC ni, ku sangkakan treknya santai-santai macam Denai Tiga Puteri di Kota Damansara. Dahla belum sarapan, minum seteguk air pun tidak. Pagi-pagi tadi perut memulas. Memang kosong terus perut ni lepas dah buat investment di awal subuh tadi. Masalah!

Aku tanya Ila jauh lagi tak? Kalau boleh kan nak tahan mulut ni dari tanya soalan macam tu on track sebab jawapan yang akan dapat selalunya kena tipu. Selalu dapat jawapan,sikit lagi, lagi lima minit. Tapi lepas setengah jam tak sampai-sampai jugak. Koyak mental!

 Tapi Ila jawab “kita baru lima minit jalan…” Hahahaha.. Kami gelak serentak. Hadui Ila, aku dah pancit ni.

Zamri dengan pace dia yang cool je kat belakang kami. Aku follow pace Ila yang sedikit laju. Ni kalau dia pergi dengan geng hiking otai dia, mau kami kena tinggal jauh di belakang. Boleh tahan kental minah ni, macam-macam gunung dia dah panjat. Setakat BBC ni celah gigi dia je..


Keadaan trek ni aku boleh kata, kalau hujan memang licin sebab permukaan tanah macam ni akan berselut. Alhamdullillah rezeki kami harini cuaca sangat cantik. Tapi tetap kena hati-hati sebab trek membukit, pacak juga. Kena pandai kawal pernafasan, teknik pernafasan yang betul kalau tak nak cepat pancit.

Lebih kurang 30 minit kami sampai ke penghujung. Kena panjat batu curam untuk naik ke puncak. Aku naik dulu ikut laluan yang Zam tunjukkan. Seram juga, gayat. Kalau fikir balik, apalah yang aku buat ni kan… Ah, dah sampai pun jadi hadap je lah sampai ke penamat. Sakit juga tangan yang halus ni nak pegang tali yang disediakan tu untuk menaikkan badan, mungkin lebih selamat kalau pakai glove.

Bila kat atas, aku tak nampak lagi mana dia signage yang tulis puncak Bukit Batu Chondong yang selalu orang bergambar dan share di IG tu. Rupa-rupanya salah naik puncak. Ada puncak lainlah ceritanya. Jadi, aku turun sedikit dan naik semula puncak utama. 

Agak tricky, ada laluan yang lebih mudah.

Ila nasihatkan supaya aku tak follow Zam untuk panjat dari laluan yang tinggi kerana ada laluan yang lebih mudah untuk ke puncak. Ada juga aku try panjat ikut Zam, konon lah nak asah skill memanjat kan, tapi baru dua langkah dah rasa gayat dan turun semula, tak boleh. Ila sengih je tengok kedegilan kawan dia sorg ni. Jadi aku pun ikut Ila untuk ke laluan satu lagi. Memang lagi senang. Kenapalah Zam susah-susah nak sakitkan tangan untuk panjat ikut akar pokok yang curam tu tadi? Errrr…


Alhamdullillah sampai juga akhirnya..

Wahhh! Sampai juga aku akhirnya di puncak Bukit Batu Chondong ni. Boleh tahan semput jugak untuk newbie macam sis ni, stamina tak berapa  nak kukuh.

Ketinggian bukit dalam 260M dari paras laut. Tak tinggi tapi pacak.

Kami naik peak yang ke-3 untuk makan. Wahhhh…bestnya. Redup je kat sini dan terlindung dari cahaya matahari. Tanpa banyak soal Zam dah bukak silat, dikeluarkan semua bekal yang aku tumpangkan dalam beg dia kat bawah tadi. Sos Jalen tak tinggal, buat pencicah tauhu berlauk. Sedap pulak sos ni. Aku ada bawak buah strawberi beli dari officemate semalam. Agak masam tapi memang susah kan nak jumpa buah banyak jerawat tu yang manis kat Malaysia ni. Kalau ada pun mahal agaknya. Andian aku je la ni.

Seronok makan atas puncak sambil tengok view yang tenang, menghijau. Orang pun tak ramai. Dapat kami lepak santai sambil berbual-bual perihal masing-masing. Ila ceritakan masalah yang di hadapi dengan rumah baru, Zam setia jadi pendengar sambil bagi tips yang mana boleh. Aku sembang berbasi-basi dengan jejaka dua orang tu since dia pun ada kat situ untuk makan bekal yang di bawa. Kami offer tauhu berlauk yang sedap tu (sedap ke?) haha… Mula-mula dia tak mahu sebab alergik kentang katanya. Lepas aku explain tentang bahan-bahan yang dimasukkan barulah dia ambil seketul. Yang sorang lagi terus tak ambil, memang pemalu amat. I bukan nak ngorat you pun. Hikss…..

Tempat kami lepak ni memang best...

Sejam je kami melantak sambil bergambar, posing semua. Bekal pun dah licin. Sebelum panas terik, sebelum matahari garang, aku ajak Ila dengan Zam turun. Kebetulan masing-masing pun ada hal lepas ni, so kami agak mengejar masa sebenarnya. Kalau ikutkan Zam, plan awal malam tadi katanya nak join kami sekejap je. Dalam jam 9.30 pagi dia dah kena turun untuk gerak ke destinasi lain. Tapi kami sampai peak pun jam 9.00 pagi, bergambar, makan, sembang-sembang.. Alih2 hampir jam 11 pagi baru kami sampai bawah semula.

Sampai ke parking kereta semula pukul 11.05 pagi lebih kurang. Tak penat, tapi gigil jugak la lutut ni masa turun. Takut jugak terkehel kaki or lutut kalau salah teknik. Mintak simpang, moga dijauhkan.

Maka, kami bertiga berpecah di situ je. Lepas salam peluk cium dengan Ila dan say bye bye kat Zamri, kami gerak dengan kereta masing2.

Overall, bagi aku yang baru-baru nak berjinak dalam dunia pendakian ni, tahap kesukaran sederhana kot. Trek tak panjang tapi pacak. Tu je kesukaran dia. Kalau otai2, kacang je ni. Cuma, malang tak berbau kan. Sehebat mana pun kita tetap kena berhati-hati dalam semua keadaan. Yang penting, kenali kemampuan tubuh badan anda. Kalau dah setahun tak bersenam dan tiba-tiba gatai nak mendaki, nak cari penyakit boleh lah kan.. Hehe..

On the way nak keluar ke jalan utama (Zoo Negara), aku lebih buka mata perhatikan kiri kanan sebab masa datang tadi tak sempat nak menikmati sangat jalan. Ramai juga rupanya family yang bawak anak2 mandi manda kat bawah ni. Ada banyak chalet yang sediakan tempat berkelah, siap ada ruang untuk BBQ lagi, ada sungai cetek seakan2 kolam, memang sangat santai untuk bercuti seisi keluarga. Best jugak kalau bawak anak2 sedara ke sini.. 

Lain kali lah ya anak-anak sekalian. Nak kena fikir kosnya juga. Hehe …

Sekianlah coretan kali ni. Jumpa lagi.

Thanks sudi baca sampai habis,love ya! Mmmmuahhh!!!

Disclaimer:
SEGALA CORETAN INI ADALAH BERDASARKAN PENGALAMAN YANG DILALUI OLEH PENULIS SENDIRI DAN SEBARANG PERCANGGAHAN PENDAPAT TIDAK AKAN DIBAHASKAN. PEACE!