Hujung minggu
datang lagi. Tunggu juga kalau ada kawan-kawan ajak pergi kemana-mana
memandangkan aku free minggu ni, cuti pulak tiga hari. Ada bawa balik kerja office
untuk sambung di rumah, tapi sempatlah
siapkan memandangkan cuti panjang.
Malamnya Ila
ajak untuk naik Bukit Batu Chondong atau lebih dikenali dengan BBC pagi esok.
Aku dan Zamri setuju nak ikut. Tak sempat nak panjangkan offer ke group yang
lain memandangkan malam tu pun masing-masing macam 50-50 lagi jadi atau tidak.
Tarikh :
7 Sept 2019 (Sabtu)
Lokasi : Jalan Ulu Klang, Kemensah
Lokasi : Jalan Ulu Klang, Kemensah
Landmark : Zoo
Negara Malaysia
Tempoh sampai
ke puncak : 30 minit
Bayaran :
Tiada (FOC)
Permit :
Tidak perlu
Seawal jam 7.10
pagi aku gerak dari rumah. Waze ke Zoo Negara. Estimated time of arrival (ETA)
dalam 30 minit, akan sampai dalam 7.40 pagi. Perjanjian dengan kawan-kawan
lain untuk jumpa di meeting point pukul 7.30 pagi, paling lambat pun 8.00 pagi.
Risau juga kawan lagi 2 orang ni tak muncul. Subuh tadi aku call kejutkan Ila,
lemah je dia jawab. Call Zamri langsung tak berangkat. Jangan lipak sudah!
Jalan raya agak
lengang pagi tu. Mujur juga, kalau tak pasti akan ada jammed kat mana-mana
nanti.
Sampai di
Entrance Zoo Negara dalam jam 7.50 pagi. Ramai juga orang berkumpul depan zoo,
mungkin ada lawatan sebab Nampak macam kumpulan pelajar. Aku terus drive sampai
ke parking Entrance B, park sekejap untuk tunggu Ila dan Zamri. Selang 10 minit
Zamri sampai, disusuli Ila dalam 10 minit kemudian. Pada mula kami nak
tinggalkan kereta kat situ dan bergerak ke Kemensah dengan satu kereta je, tapi
Zamri kata lebih baik parking kereta di dalam sana memandangkan parking di sini
RM10 per entry. Mahal!. Jadi kami pun bergerak 3 kereta, Zam tunjukkan jalan.
Jalan memang
sempit, bila bertembung dengan kereta dari arah bertentangan memang salah
sebuah kena mengalah. Mujur bukan tepi gaung atau jalan curam, jadi tak perlu
risau. Jalan selamat je, Cuma perlukan sedikit kemahiran untuk mencari ruangan
bila perlu. Dari pemerhatian awal, orang tak berapa ramai haritu. Cuti panjang
hujung minggu sempena Birthday YDP Agong 9 Sept, mungkin ramai balik kampong
gamaknya. Atau, mungkin awal lagi.
Ada juga penduduk
di situ buka gerai tepi jalan untuk sarapan, atau mungkin sampai lunch, atau
dinner. Tak pasti.
Ini di puncak utama.. |
Okay. Dalam 15
minit drive, kami sampai ke kawasan untuk mendaki. Parking kereta kat tepi-tepi
jalan je. Zam kata InsyaaAllah selamat. Mudah-mudahan.. Tak perlu bayar
apa-apa, dan tiada permit diperlukan.
Kalau korang 1st
time nak ke sini mungkin akan terlepas pandang laluan masuk untuk mendaki. Mujur
juga Zamri dan Ila dah pernah datang beberapa kali, jadi aku tiada masalah
untuk mengenalpasti di mana tempat permulaan.
Tak terfikir
pulak nak snap gambar di laluan masuk. Maklumlah seronok jumpa geng Cliffordian, sampai je parking
tadi, keluar kereta sampai berjalan sama-sama untuk mendaki, pot pet pot pet
aku dengan Ila. Zam Cuma jadi pendengar setia, sekali sekala dia join gelak
bila kami berdua buat lawak.
Start pendakian pun dah pacak. Aku under estimate BBC ni, ku sangkakan
treknya santai-santai macam Denai Tiga Puteri di Kota Damansara. Dahla belum sarapan,
minum seteguk air pun tidak. Pagi-pagi tadi perut memulas. Memang kosong terus
perut ni lepas dah buat investment di awal subuh tadi. Masalah!
Aku tanya Ila
jauh lagi tak? Kalau boleh kan nak tahan mulut ni dari tanya soalan macam tu on
track sebab jawapan yang akan dapat selalunya kena tipu. Selalu dapat jawapan,sikit
lagi, lagi lima minit. Tapi lepas setengah jam tak sampai-sampai jugak. Koyak mental!
Tapi Ila jawab “kita baru lima minit jalan…”
Hahahaha.. Kami gelak serentak. Hadui Ila, aku dah pancit ni.
Zamri dengan
pace dia yang cool je kat belakang kami. Aku follow pace Ila yang sedikit laju.
Ni kalau dia pergi dengan geng hiking otai dia, mau kami kena tinggal jauh di
belakang. Boleh tahan kental minah ni, macam-macam gunung dia dah panjat. Setakat
BBC ni celah gigi dia je..
Keadaan trek
ni aku boleh kata, kalau hujan memang licin sebab permukaan tanah macam ni akan
berselut. Alhamdullillah rezeki kami harini cuaca sangat cantik. Tapi tetap
kena hati-hati sebab trek membukit, pacak juga. Kena pandai kawal pernafasan,
teknik pernafasan yang betul kalau tak nak cepat pancit.
Lebih kurang 30 minit
kami sampai ke penghujung. Kena panjat batu curam untuk naik ke puncak. Aku naik
dulu ikut laluan yang Zam tunjukkan. Seram juga, gayat. Kalau fikir balik,
apalah yang aku buat ni kan… Ah, dah sampai pun jadi hadap je lah sampai ke
penamat. Sakit juga tangan yang halus ni nak pegang tali yang disediakan tu
untuk menaikkan badan, mungkin lebih selamat kalau pakai glove.
Bila kat atas,
aku tak nampak lagi mana dia signage yang tulis puncak Bukit Batu Chondong yang
selalu orang bergambar dan share di IG tu. Rupa-rupanya salah naik puncak.
Ada puncak lainlah ceritanya. Jadi, aku turun sedikit dan naik semula puncak
utama.
Agak tricky, ada laluan yang lebih mudah. |
Ila nasihatkan supaya aku tak follow Zam untuk panjat dari laluan yang tinggi kerana ada laluan yang lebih mudah untuk ke puncak. Ada juga aku try panjat ikut Zam, konon lah nak asah skill memanjat kan, tapi baru dua langkah dah rasa gayat dan turun semula, tak boleh. Ila sengih je tengok kedegilan kawan dia sorg ni. Jadi aku pun ikut Ila untuk ke laluan satu lagi. Memang lagi senang. Kenapalah Zam susah-susah nak sakitkan tangan untuk panjat ikut akar pokok yang curam tu tadi? Errrr…
Alhamdullillah sampai juga akhirnya.. |
Wahhh! Sampai juga
aku akhirnya di puncak Bukit Batu Chondong ni. Boleh tahan semput jugak untuk
newbie macam sis ni, stamina tak berapa
nak kukuh.
Ketinggian bukit
dalam 260M dari paras laut. Tak tinggi tapi pacak.
Kami naik peak
yang ke-3 untuk makan. Wahhhh…bestnya. Redup je kat sini dan terlindung dari
cahaya matahari. Tanpa banyak soal Zam dah bukak silat, dikeluarkan semua bekal
yang aku tumpangkan dalam beg dia kat bawah tadi. Sos Jalen tak tinggal, buat
pencicah tauhu berlauk. Sedap pulak sos ni. Aku ada bawak buah strawberi beli
dari officemate semalam. Agak masam tapi memang susah kan nak jumpa buah banyak
jerawat tu yang manis kat Malaysia ni. Kalau ada pun mahal agaknya. Andian aku
je la ni.
Seronok makan
atas puncak sambil tengok view yang tenang, menghijau. Orang pun tak ramai. Dapat
kami lepak santai sambil berbual-bual perihal masing-masing. Ila ceritakan
masalah yang di hadapi dengan rumah baru, Zam setia jadi pendengar sambil bagi
tips yang mana boleh. Aku sembang berbasi-basi dengan jejaka dua orang tu since
dia pun ada kat situ untuk makan bekal yang di bawa. Kami offer tauhu berlauk yang
sedap tu (sedap ke?) haha… Mula-mula dia tak mahu sebab alergik kentang
katanya. Lepas aku explain tentang bahan-bahan yang dimasukkan barulah dia
ambil seketul. Yang sorang lagi terus tak ambil, memang pemalu amat. I bukan
nak ngorat you pun. Hikss…..
Tempat kami lepak ni memang best... |
Sejam je kami
melantak sambil bergambar, posing semua. Bekal pun dah licin. Sebelum panas
terik, sebelum matahari garang, aku ajak Ila dengan Zam turun. Kebetulan masing-masing
pun ada hal lepas ni, so kami agak mengejar masa sebenarnya. Kalau ikutkan Zam,
plan awal malam tadi katanya nak join kami sekejap je. Dalam jam 9.30 pagi dia
dah kena turun untuk gerak ke destinasi lain. Tapi kami sampai peak pun jam
9.00 pagi, bergambar, makan, sembang-sembang.. Alih2 hampir jam 11 pagi baru
kami sampai bawah semula.
Sampai ke parking
kereta semula pukul 11.05 pagi lebih kurang. Tak penat, tapi gigil jugak la
lutut ni masa turun. Takut jugak terkehel kaki or lutut kalau salah teknik. Mintak
simpang, moga dijauhkan.
Maka, kami
bertiga berpecah di situ je. Lepas salam peluk cium dengan Ila dan say bye bye
kat Zamri, kami gerak dengan kereta masing2.
Overall, bagi
aku yang baru-baru nak berjinak dalam dunia pendakian ni, tahap kesukaran
sederhana kot. Trek tak panjang tapi pacak. Tu je kesukaran dia. Kalau otai2,
kacang je ni. Cuma, malang tak berbau kan. Sehebat mana pun kita tetap kena
berhati-hati dalam semua keadaan. Yang penting, kenali kemampuan tubuh badan
anda. Kalau dah setahun tak bersenam dan tiba-tiba gatai nak mendaki, nak cari
penyakit boleh lah kan.. Hehe..
On the way nak
keluar ke jalan utama (Zoo Negara), aku lebih buka mata perhatikan kiri kanan
sebab masa datang tadi tak sempat nak menikmati sangat jalan. Ramai juga
rupanya family yang bawak anak2 mandi manda kat bawah ni. Ada banyak chalet
yang sediakan tempat berkelah, siap ada ruang untuk BBQ lagi, ada sungai cetek
seakan2 kolam, memang sangat santai untuk bercuti seisi keluarga. Best jugak
kalau bawak anak2 sedara ke sini..
Lain kali lah
ya anak-anak sekalian. Nak kena fikir kosnya juga. Hehe …
Sekianlah
coretan kali ni. Jumpa lagi.
Thanks sudi
baca sampai habis,love ya! Mmmmuahhh!!!
Disclaimer:
SEGALA CORETAN
INI ADALAH BERDASARKAN PENGALAMAN YANG DILALUI OLEH PENULIS SENDIRI DAN
SEBARANG PERCANGGAHAN PENDAPAT TIDAK AKAN DIBAHASKAN. PEACE!
No comments:
Post a Comment