Sunday, September 8, 2019

NEWBIE PANJAT BUKIT BATU CHONDONG, KEMENSAH

AWAS! POST AGAK PANJANG. SEDIAKAN POPCORN DAN COKE BERSAMA ANDA ;-p

Hujung minggu datang lagi. Tunggu juga kalau ada kawan-kawan ajak pergi kemana-mana memandangkan aku free minggu ni, cuti pulak tiga hari. Ada bawa balik kerja office untuk sambung di  rumah, tapi sempatlah siapkan memandangkan cuti panjang.

Malamnya Ila ajak untuk naik Bukit Batu Chondong atau lebih dikenali dengan BBC pagi esok. Aku dan Zamri setuju nak ikut. Tak sempat nak panjangkan offer ke group yang lain memandangkan malam tu pun masing-masing macam 50-50 lagi jadi atau tidak.

Tarikh                                                  : 7 Sept 2019 (Sabtu)
Lokasi                                                  : Jalan Ulu Klang, Kemensah
Landmark                                          : Zoo Negara Malaysia
Tempoh sampai ke puncak           : 30 minit
Bayaran                                             : Tiada (FOC)
Permit                                                 : Tidak perlu


Seawal jam 7.10 pagi aku gerak dari rumah. Waze ke Zoo Negara. Estimated time of arrival (ETA) dalam 30 minit, akan sampai dalam 7.40 pagi. Perjanjian dengan kawan-kawan lain untuk jumpa di meeting point pukul 7.30 pagi, paling lambat pun 8.00 pagi. Risau juga kawan lagi 2 orang ni tak muncul. Subuh tadi aku call kejutkan Ila, lemah je dia jawab. Call Zamri langsung tak berangkat. Jangan lipak sudah!

Jalan raya agak lengang pagi tu. Mujur juga, kalau tak pasti akan ada jammed kat mana-mana nanti.

Sampai di Entrance Zoo Negara dalam jam 7.50 pagi. Ramai juga orang berkumpul depan zoo, mungkin ada lawatan sebab Nampak macam kumpulan pelajar. Aku terus drive sampai ke parking Entrance B, park sekejap untuk tunggu Ila dan Zamri. Selang 10 minit Zamri sampai, disusuli Ila dalam 10 minit kemudian. Pada mula kami nak tinggalkan kereta kat situ dan bergerak ke Kemensah dengan satu kereta je, tapi Zamri kata lebih baik parking kereta di dalam sana memandangkan parking di sini RM10 per entry. Mahal!. Jadi kami pun bergerak 3 kereta, Zam tunjukkan jalan.

Jalan memang sempit, bila bertembung dengan kereta dari arah bertentangan memang salah sebuah kena mengalah. Mujur bukan tepi gaung atau jalan curam, jadi tak perlu risau. Jalan selamat je, Cuma perlukan sedikit kemahiran untuk mencari ruangan bila perlu. Dari pemerhatian awal, orang tak berapa ramai haritu. Cuti panjang hujung minggu sempena Birthday YDP Agong 9 Sept, mungkin ramai balik kampong gamaknya. Atau, mungkin awal lagi.

Ada juga penduduk di situ buka gerai tepi jalan untuk sarapan, atau mungkin sampai lunch, atau dinner. Tak pasti.  

Ini di puncak utama..

Okay. Dalam 15 minit drive, kami sampai ke kawasan untuk mendaki. Parking kereta kat tepi-tepi jalan je. Zam kata InsyaaAllah selamat. Mudah-mudahan.. Tak perlu bayar apa-apa, dan tiada permit diperlukan.

Kalau korang 1st time nak ke sini mungkin akan terlepas pandang laluan masuk untuk mendaki. Mujur juga Zamri dan Ila dah pernah datang beberapa kali, jadi aku tiada masalah untuk mengenalpasti di mana tempat permulaan. 

Tak terfikir pulak nak snap gambar di laluan masuk. Maklumlah seronok jumpa geng Cliffordian, sampai je parking tadi, keluar kereta sampai berjalan sama-sama untuk mendaki, pot pet pot pet aku dengan Ila. Zam Cuma jadi pendengar setia, sekali sekala dia join gelak bila kami berdua buat lawak.



Start pendakian pun dah pacak. Aku under estimate BBC ni, ku sangkakan treknya santai-santai macam Denai Tiga Puteri di Kota Damansara. Dahla belum sarapan, minum seteguk air pun tidak. Pagi-pagi tadi perut memulas. Memang kosong terus perut ni lepas dah buat investment di awal subuh tadi. Masalah!

Aku tanya Ila jauh lagi tak? Kalau boleh kan nak tahan mulut ni dari tanya soalan macam tu on track sebab jawapan yang akan dapat selalunya kena tipu. Selalu dapat jawapan,sikit lagi, lagi lima minit. Tapi lepas setengah jam tak sampai-sampai jugak. Koyak mental!

 Tapi Ila jawab “kita baru lima minit jalan…” Hahahaha.. Kami gelak serentak. Hadui Ila, aku dah pancit ni.

Zamri dengan pace dia yang cool je kat belakang kami. Aku follow pace Ila yang sedikit laju. Ni kalau dia pergi dengan geng hiking otai dia, mau kami kena tinggal jauh di belakang. Boleh tahan kental minah ni, macam-macam gunung dia dah panjat. Setakat BBC ni celah gigi dia je..


Keadaan trek ni aku boleh kata, kalau hujan memang licin sebab permukaan tanah macam ni akan berselut. Alhamdullillah rezeki kami harini cuaca sangat cantik. Tapi tetap kena hati-hati sebab trek membukit, pacak juga. Kena pandai kawal pernafasan, teknik pernafasan yang betul kalau tak nak cepat pancit.

Lebih kurang 30 minit kami sampai ke penghujung. Kena panjat batu curam untuk naik ke puncak. Aku naik dulu ikut laluan yang Zam tunjukkan. Seram juga, gayat. Kalau fikir balik, apalah yang aku buat ni kan… Ah, dah sampai pun jadi hadap je lah sampai ke penamat. Sakit juga tangan yang halus ni nak pegang tali yang disediakan tu untuk menaikkan badan, mungkin lebih selamat kalau pakai glove.

Bila kat atas, aku tak nampak lagi mana dia signage yang tulis puncak Bukit Batu Chondong yang selalu orang bergambar dan share di IG tu. Rupa-rupanya salah naik puncak. Ada puncak lainlah ceritanya. Jadi, aku turun sedikit dan naik semula puncak utama. 

Agak tricky, ada laluan yang lebih mudah.

Ila nasihatkan supaya aku tak follow Zam untuk panjat dari laluan yang tinggi kerana ada laluan yang lebih mudah untuk ke puncak. Ada juga aku try panjat ikut Zam, konon lah nak asah skill memanjat kan, tapi baru dua langkah dah rasa gayat dan turun semula, tak boleh. Ila sengih je tengok kedegilan kawan dia sorg ni. Jadi aku pun ikut Ila untuk ke laluan satu lagi. Memang lagi senang. Kenapalah Zam susah-susah nak sakitkan tangan untuk panjat ikut akar pokok yang curam tu tadi? Errrr…


Alhamdullillah sampai juga akhirnya..

Wahhh! Sampai juga aku akhirnya di puncak Bukit Batu Chondong ni. Boleh tahan semput jugak untuk newbie macam sis ni, stamina tak berapa  nak kukuh.

Ketinggian bukit dalam 260M dari paras laut. Tak tinggi tapi pacak.

Kami naik peak yang ke-3 untuk makan. Wahhhh…bestnya. Redup je kat sini dan terlindung dari cahaya matahari. Tanpa banyak soal Zam dah bukak silat, dikeluarkan semua bekal yang aku tumpangkan dalam beg dia kat bawah tadi. Sos Jalen tak tinggal, buat pencicah tauhu berlauk. Sedap pulak sos ni. Aku ada bawak buah strawberi beli dari officemate semalam. Agak masam tapi memang susah kan nak jumpa buah banyak jerawat tu yang manis kat Malaysia ni. Kalau ada pun mahal agaknya. Andian aku je la ni.

Seronok makan atas puncak sambil tengok view yang tenang, menghijau. Orang pun tak ramai. Dapat kami lepak santai sambil berbual-bual perihal masing-masing. Ila ceritakan masalah yang di hadapi dengan rumah baru, Zam setia jadi pendengar sambil bagi tips yang mana boleh. Aku sembang berbasi-basi dengan jejaka dua orang tu since dia pun ada kat situ untuk makan bekal yang di bawa. Kami offer tauhu berlauk yang sedap tu (sedap ke?) haha… Mula-mula dia tak mahu sebab alergik kentang katanya. Lepas aku explain tentang bahan-bahan yang dimasukkan barulah dia ambil seketul. Yang sorang lagi terus tak ambil, memang pemalu amat. I bukan nak ngorat you pun. Hikss…..

Tempat kami lepak ni memang best...

Sejam je kami melantak sambil bergambar, posing semua. Bekal pun dah licin. Sebelum panas terik, sebelum matahari garang, aku ajak Ila dengan Zam turun. Kebetulan masing-masing pun ada hal lepas ni, so kami agak mengejar masa sebenarnya. Kalau ikutkan Zam, plan awal malam tadi katanya nak join kami sekejap je. Dalam jam 9.30 pagi dia dah kena turun untuk gerak ke destinasi lain. Tapi kami sampai peak pun jam 9.00 pagi, bergambar, makan, sembang-sembang.. Alih2 hampir jam 11 pagi baru kami sampai bawah semula.

Sampai ke parking kereta semula pukul 11.05 pagi lebih kurang. Tak penat, tapi gigil jugak la lutut ni masa turun. Takut jugak terkehel kaki or lutut kalau salah teknik. Mintak simpang, moga dijauhkan.

Maka, kami bertiga berpecah di situ je. Lepas salam peluk cium dengan Ila dan say bye bye kat Zamri, kami gerak dengan kereta masing2.

Overall, bagi aku yang baru-baru nak berjinak dalam dunia pendakian ni, tahap kesukaran sederhana kot. Trek tak panjang tapi pacak. Tu je kesukaran dia. Kalau otai2, kacang je ni. Cuma, malang tak berbau kan. Sehebat mana pun kita tetap kena berhati-hati dalam semua keadaan. Yang penting, kenali kemampuan tubuh badan anda. Kalau dah setahun tak bersenam dan tiba-tiba gatai nak mendaki, nak cari penyakit boleh lah kan.. Hehe..

On the way nak keluar ke jalan utama (Zoo Negara), aku lebih buka mata perhatikan kiri kanan sebab masa datang tadi tak sempat nak menikmati sangat jalan. Ramai juga rupanya family yang bawak anak2 mandi manda kat bawah ni. Ada banyak chalet yang sediakan tempat berkelah, siap ada ruang untuk BBQ lagi, ada sungai cetek seakan2 kolam, memang sangat santai untuk bercuti seisi keluarga. Best jugak kalau bawak anak2 sedara ke sini.. 

Lain kali lah ya anak-anak sekalian. Nak kena fikir kosnya juga. Hehe …

Sekianlah coretan kali ni. Jumpa lagi.

Thanks sudi baca sampai habis,love ya! Mmmmuahhh!!!

Disclaimer:
SEGALA CORETAN INI ADALAH BERDASARKAN PENGALAMAN YANG DILALUI OLEH PENULIS SENDIRI DAN SEBARANG PERCANGGAHAN PENDAPAT TIDAK AKAN DIBAHASKAN. PEACE!




Wednesday, December 6, 2017

SAMBAL TOTOK JAWA vs PETAI

"No matter how long it will takes, true love is always worth the wait"

First time makan sambal totok ni masa tinggal sebumbung dengan kawan yang asal keturunan Jawa.
Kawan tu buat. Ya ampun pedas menyengat sampai menitik-nitik peluh tapi tak boleh berhenti makan. Lagi pedas lagi nak makan. Sedap sedap dan sedap. Jangan tanya kenapa nama dia sambal totok, sorry memang tak tahu. Aku tahu makan je. Jadi, harini repeat sebab teringin punya pasal. Resepi ingat2 lupa so aku Google. Dan tokok tambah ikut kemahuan sendiri... Campur petai. Hehehe

BAHAN-BAHAN:
  1. ikan bilis = segenggam
  2. Cili api = 15-20 biji
  3. Bawang merah = 3 ulas
  4. Bawang putih = 2 ulas
  5. Belacan
  6. Perahan limau nipis
  7. Garam
  8. Gula
  9. Petai (ok ni bukan dalam resepi asal) 
CARA-CARA:
  1. goreng ikan bilis sampai garing, angkat & toskan
  2. Guna minyak yg sama, goreng bawang + cili hingga layu (tutup kuali, nanti cili meletup2). Angkat & toskan. 
  3. Tumbuk bawang + cili + belacan + petai hingga separuh lumat
  4. Masukkan ikan bilis yang dah digoreng, tumbuk ala manja gitu. Jgn lumat sangat. Perasakan dengan garam gula. 
  5. Perahkan limau nipis, gaul sebati (semua ni buat dalam lesung je) 
  6. Siap utk dimakan dengan nasi panas2
Ok done!  Nak makan sambal ni kena kering hati sebab confirm diet korang akan hancur
Jangan salahkan hamba :-p

Sunday, October 8, 2017

RESEPI TAUHU BERLAUK SEDAP MEMIKAT

Hello... Hai lagi.

Hari Ahad, hari paling bermakna. Menjelang tengahari mesti kena ada kat rumah, kena ambil mood untuk kerja esoknya. Kalau lambat ambil mood, esok Monday blues melampau2. Over kan.. Korang macam mana? :-p

Jadinya, bila dah ada kat rumah ni mulalah anak tekak nak makan macam2. Semalam dah pergi merayap cari kerabu kaki ayam and sotong bakar di  Thai Food Festival kat The Strand mall. Sedappp! Dorg ada kat situ sampai 16hb Okt, pergilah. Tapi, untuk harini aku nak buat tauhu goreng yang mana aku sendiri terkejut yang aku boleh makan tauhu ni.  Sumpah, aku tak makan tauhu. Ada dlm mee goreng ke, sup ke, mmg xkan usik.

First time makan tauhu goreng mcm ni minggu lepas masa pergi rumah kakak. Dia hidang, aku memang jeling je tak masuk dekat. Tapi tengok ayah makan dh smpai 10 ketul, aku usik la seketul. Amek hati kakak. Oiiitt, sedap laaaa... Maka, esoknya aku request kakak buat lagi. Semalam dpt mkn 2 ketul je, yg lain ayah habiskan. Huhu

Okey, kali ni repeat buat sendiri berdasarkan tunjuk ajar kakak masa rumah dia haritu. Gigih keluarkan semula periuk kukus yg tersimpan rapi dalam kotak, sayang nak guna. Antara pemberian yang bermakna yg disayangi.  Kenapa kena guna periuk kukus? Yaa, tauhu ni kena lalui 2 kaedah masakan. 1st kukus, 2nd goreng.

Jom. Senang sangat. Pejam mata pun boleh buat. Hehe. Murah pun murah je kosnya. Tak sampai RM30 pun.

BAHAN-BAHANNYA (BOLEH MAKAN UTK 3 ORANG)

Bahan Blend:

  1. Tauhu - 5 ketul (seketul 50 sen)
  2. Isi ayam (rm7) 
  3. Telur (1 biji)
  4. Garam 
  5. Serbuk cukup rasa
Bahan hiris :
  1. Cili api (7-8 biji)
  2. Daun ketumbar
  3. Carrot (aku xde penyagat, so aku hiris nipis2)
Bahan goreng
  1. Telur - 2 biji
CARA-CARANYA (senang gilaa)
  1. Dah blend bahan, campurkan dengan bahan yang dihiris tu dalam bekas yang nak digunakan untuk mengukus. Gaul.
  2. Masukkan dlm periuk kukus, make sure air dalam periuk kukusan tu mendidih dulu
  3. Kukus dalam 30-45 minit guna api sederhana
  4. Dah masak kukus, potong tauhu ikut kehendak korang dan sejukkan di atas penapis supaya air tauhu turun. Senang nak goreng.
  5. Bila dah sejuk (aku x tunggu sejuk pun), dah boleh goreng
  6. Celup dalam telur, goreng dalam kuali dengan api sederhana
  7. Siap.
Sos pencicah
  1. Sos Thai (rujuk gambar)
  2. Air 100 ml
  3. Tepung jagung (1 sudu kecil)
* Didihkn air n sos dlm periuk, tmbh sikit gula n serbuk perasa, masukkan tepung jagung. Bila dh smpai kepekatan yg korg suka, tutup api. 

Good luck bebeh!!











Friday, September 22, 2017

RESEPI SAMBAL TERUNG BAKAR BELACAN


Hai there....
Lama tak muncul di sini. Lately agak busy dgn kehidupan duniawi, sengaja membusykan diri agar tak terluang masa utk terlebih fikir ttg perkara2 yang tak perlu.

Harini ada masa lapang, hari minggu. Kembali dgn rutin orang bujang. Apa lagi, bermalas-malasan kat rumah la sambil layan tv, joget2 sket bagi keluar peluh, then selongkar dapur cari makan. Dan makan, dan makan. 

Kali ni nak cuba resepi yang aku jumpa di FB. Nampak sedap. Semalam dah beli bahan2 kat pasar malam, maka nak tak nak kena buat jugak. Hasilnya sangat2 memuaskan tekak dan perut aku. Lompat bintang dua kali, sebab 1st time try, terus menjadi. Belum sampai lunch time, aku dah habis sepinggan nasi. 

Korang boleh la cuba. Untuk para isteri, resepi ni boleh pikat perut suami korang. Bagi yg single mcm aku ni, pikat anak tekak sendiri cukuplah. Hahaha...

BAHAN-BAHAN :
1. terung gemok - 2 biji
2. Bawang merah - 2 biji
3. Cili api - 15 biji
4. Ikan bilis - kurang segenggam
5. Belacan
6. Garam
7. Limau nipis (optional)

CARA-CARA :
1. bakar terung sampai kulit luar hitam sepenuhnya (aku guna jaring, bakar atas dapur gas)
2. Buang kulit luar, nak senang, lalukan bawah paip air sinki
3. Tumbuk semua bahan, kecuali terung
4. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumiskan bahan tumbuk
5. Masukkan terung & hancurkan terung dlm kuali
6. Perasakan dgn garam
7. Goreng smpai garing. Siap
8. (Resepi asal xde belacan, aku pandai2 tambah)
9. Kalau suka, perahkan limau nipis masa nak makan.




Belacan tu kalau suka boleh lebihkan lagi..



Wednesday, August 2, 2017

CARA REBUS KERANG SUKA HATI

"If you don't go after what you want, you'll never have it. If you don't ask, the answer is always NO. If you don't step forward, you'are always in the same place.."






Nyumm nyum nyummm...

Rugi siapa tak makan kerang. Sedaaappp! 

Tapi yang sedap cuma kerang fresh. Yang mana lepas beli, balik rumah terus masak dan terus makan.... 
Tau tak macam mana tips nak cari kerang yang fresh? 
Sini nak cerita...

Kerang yangg fresh adalah kerang yang masih terbuka. Terbuka tu maksudnya dia masih hidup. Jangan jadi macam abang ipar aku, dia pilih semua kerang tertutup sebab katanya yang terbuka semua dah rosak. Menjerit kakak bila dapat. Busuk!

Kalau nak tahu kerang hidup ke tidak, cuba sentuh isi dia yang merah tu, mesti dia perlahan-lahan terkatup. Maksudnya hidup lagi. Haa amek yang tu. Sedap, isi manis!





Kalau ada yang belum tahu, kerang elok untuk tambah darah. Tapi kalau ada kudis gatal, tak payahlah gatal2 makan nanti gatal2 makin menjadi...

Orait, kenapa kerang suka hati? 

Sebab..... Kita rebus ikut resepi suka hati. Mak kita suka sangat kerang resepi suka hati ni. Berkali-kali buat, tetap tak puas makan.


BAHAN-BAHAN NAK REBUS KERANG SUKA HATI:
  1. Kerang fresh 1 kilo
  2. Daun ketumbar - (hiris) - ikut suka
  3. Bawang merah besar - (hiris) - 1 biji cukuplah
  4. Bawang putih - 3 ulas (hiris)
  5. Serai - 2 batang (dititik/ketuk)
  6. Serbuk perasa Pasti Sedap
  7. Sedikit air
CARA-CARANYA IALAH:
  1. Basuh kerang dengan bersih (Elok pakai sarung tangan kalau tak nak kuku rosak) 
  2. Masukkan kerang ke dalam periuk, masukkan semua bahan-bahan
  3. Masukkan serbuk Pasti Sedap & air. Ok, air tak perlu banyak. Cuma suku cawan je sebab air kerang akan keluar masa proses merebus.
  4. Tutup periuk & masak guna api yang perlahan
  5. Bila mendidih (tudung periuk terangkat), kerang dah masak & boleh tutup api.
  6. Tapis air kerang, siap!
PENCICAH
  1. Cili sos life, taburkan dengan daun ketumbar yang telah dihiris, done! Boleh makan sambil tengok TV.

Daun ketumbar yang menambahkan perisa & buatkan kerang rasa manis semulajadi. Sangat sedap. 
Kalau tak suka daun ketumbar, tak perlu letak tapi kesan kurang ummphhh!

SELAMAT MENCUBA.






Tuesday, August 1, 2017

BUKAN NAK BELI SANGAT, TAPI.....


Al Quran pemberian seseorang.. Semoga dia mendapat ganjaran dalam setiap baris bacaan hamba Allah yang hina ini. Amin.




Perasan tak, bila kita masuk kedai di shopping mall (kedai kasut, handbag or barang berjenama) dengan pakaian ala kadar, sales person buat2 tak perasan kita masuk? Kadang-kadang nampak, tapi tak masuk dekat. Tak tanya apa yang boleh dibantu, tak greet,  tapi sambung bersembang dengan rakan sekerja.

Siapa biasa kena? 

SAYA!!!

Sebab saya selebet. 

Walau hajat nak mencari sepasang kasut, tapi pencarian tak sampai 5 minit dah tamat. Keluar kedai tanpa apa2 hasil. 

Sebab? 

Nak tanya saiz, tapi dia sibuk sembang di kaunter. Dia nampak kita, dia pandang kita. Tapi kita pakai baju kurung je, dah selebet selepas seharian kerja. Otak pun penat. Malas fikir. Malas touch up. Malas pergi dekat dia jugak. Mungkin dia ingat kita budak2 yang saja nak main2 kot.. Tak pun, dia tak nampak kita. Halimunan! 

HUSNUZON.....

Kita keluar je. Nampak macam dah dapat banyak untung tu, apelah sangat duit kita yang selekeh selebet ni kan. Tak heran la dia.

:-(

Pergi Mc'D. 

Sampai kat pintu masuk, ada pekerja tolong buka sebab dia kebetulan tengah lap pintu kaca tu.
Sampai kat kaunter, cashier ceria nak gila.

"Hai, welcome to McDonald's.." Dengan suara lantang ala2 manja sambil lambai tangan suruh pergi kaunter dia.

"Hai... makan sini atau take away?" .. Dia sapa sambil senyum tengok mata kita.

"Makan sini..."

"Nak cuba Spicy Korean Burger tak? Burger baru kita.." Sambil tunjuk ke menu board. Ceria sangat ni, ada lenggok2 lagi tone suara dia.

"Emmm, tahap kepedasan tu macam mana?".. Kita blurr.

"Bagi saya yang tak suka pedas ni, pedas lah. Tapi xde lah pedas macam spicy ramen yang viral tu...Akak cuba dululah, sebab ni set baru kan.." Bersungguh dia explain.

Hmmm... sebenarnya akak nak makan ayam dik. Akak stress dan akak perlukan kepak ayam.

"Oklah boleh, saya cuba set burger tu.." 

"OK baik, akak order satu set Spicy Korean Burger. Akak nak set besar atau medium ya?"

"Medium..Tapi air boleh tukar coffee tak?"

"Boleh kakak.. akak nak coffee apa tu?"

"Emmm, saya nak Hazelnut Latte. Panas ya.."

"Baik. Saya repeat order ya kakak..... (bla bla bla).. Jumlah semua skali RM 19.70 kak.."

Aku bagi note dua puluh.

"Ini bakinya kakak tiga puluh sen. Ini resit kakak, ada nombor. Ini nombor giliran kakak, tunggu kat meja sana nanti nombor naik di screen atas ni ya...Terima kasih kakak.."

HAHAHA... Tau tak pramugara Air Asia yang menari lagu Britney Spears yang viral tu? Haa gtu la gaya dia. 

Aku tak boleh sorok gelak. Lucu sangat, ceria semacam. Ceria dia berjangkit pulak tu. Sampai sudah kita sengih2 tengok dia.

Next person lepas aku pun dia layan macam tu. Suara loud & clear. 

Macam ni lah.. Thanks to u hadek!



Walaupun niat asal nak makan ayam, dan aku tak suka sangat dengan burger, tapi dia berjaya tawan hati ni untuk ikut apa yang dicadangkan..

(Burger belum makan, sebab makan chips dengan kopi dan kenyang)..



Friday, July 28, 2017

MACAM MANA NAK HILANGKAN KERAK HANGIT DALAM KUALI?

"True strength is in the soul and spirit, not in muscles"





Ini gambar kuali kesayangan, kaler dia memang dah hitam legam sejak beli. Tapi kuali ni jarang berkerak, melainkan memang betul2 lama masak & lupa nak kacau.

Haritu guna untuk masak rendang ayam.. Tinggal rendang atas dapur untuk pergi solat sekejap, api dah slow. Tapi hangit sikit.

Nahh! Kikis kerak dengan sudu..Aku dah cuba cara ni beberapa kali untuk hilangkan kerak hangit tu. Setakat ni Alhamdullillah menjadi. 

Caranya senang je :
  1. Cuci kuali & panaskan atas api sampai kerak hangit tu jadi merekah & berkeping2. Kuali berasap itu biasa je, jangan panic.
  2. Kikis kerak dengan sudu (dengan sudip pun boleh). Make sure kuali sejuk dulu then baru boleh kikis. Nanti melecur jangan marah aiiii...
  3. Kalau belum hilang, ulang balik langkah 1

Harap membantu!

Cara ini mungkin tak berkesan pada sesetengah kuali, tapi so far kuali kat rumah aku semuanya menjadi. 

Ada cara lebih baik? Silakan.... hehehehe






KERENAH ANAK-ANAK SAUDARA BUAT MAKCIK LEBIH MATANG

 "Never give up on something you really want. It's difficult to wait, but worse to regret..."




I want I want I want you...muah muah muah muah muahhh ! (Nyanyi sambil gelek macam Dato' Sri Vida) :-p

Habis terpengaruh dengar lagu dia. Menyampah, tapi dah dengar kerap sangat kat radio jadi lekat pulak kat telinga... ish ish ish..

Lagi satu lagu yang asyik bedengung2 kat telinga ni, lagu ni...


"ha ha haaa aku ketawa haaaa..." 


Itu je lirik yang aku tahu, tapi lagu best. Penyanyi lelaki, xtau lah siapa namanya. Tuannya pun tak kenal. Anak2 sedara selalu duk nyanyi.. Haritu lagu si Khai Bahar, ini lagu ha ha haa ni pulak.. Masak masak!


Sebut pasal anak sedara, dua hari lepas nak clearkan gambar2 kat telefon. Belek gambar2 lama, sayang nak buang. Banyak gambar anak2 sedara. Semua kesayangan Maksumah (gelaran yang diorang panggil to me, tak glemer langsung).


Selalunya, hari minggu habiskan masa dengan anak2 yang ada di Rawang. Dengan Kakak Syasya, Rizqi, dan of coz si kecik Iman Danish.





Ni gambar adik ipar hantar, sebak sangat baca.. 
Lukisan Kakak Syasya lagi, ini jelah kerja dia hari2. Suruh buat kerja sekolah kemain liat...
Kakak Syasya masa umur 6 bulan, sekarangdah Darjah 2, Masa ni katanya ada contest baby comel kat Giant. Aku pun masuklah, kena bayar yuran penyertaan RM60. Entah ya entah tidak.

Kakak Syasya demam, kat hospital Selayang, 3-3 beradik demam, nak pitam maksumah dengan mama layan kerenah korang...



Masa tunggu turn jumpa doktor, kakak baring atas riba aku sambil merengek kenapa lama sangat. Dengan nada lembut...

"Kakak, kakak tengok baby tu, kesian dia dari tadi dia nangis tak henti2.. Dia lagi sakit dari kakak. Kakak tak kesian kat dia.."

"Kesian....."

"Kakak tidur dulu, nanti doktor panggil, maksumah kejut.."

Tiba-tiba...

"Maksumah, boleh tak lepas jumpa doktor, kakak nak makan buah Strawberry?"

GULPPP!

"Mana ada strawberry kat sini kakak, yang tu kena pergi Cameron Highland. Jauh, maksumah tak larat la nak bawak kereta jauh2. Kakak kan demam lagipun.."

Nampak dia termenung sambil anak mata ligat pusing sana pusing sini..

"Kakak nak makan durianlah, dah lama kakak tak makan durian..."

Muahaha.. Ada2 je kan.. Ok, sebab tak nak dia tantrum kat situ, aku iyakan aja. Janji dia kena behave, dan janji jugak kalau kita jumpa tepi jalan nanti. Kalau xde, ganti dengan menda lain. Dia setuju.

Tapi, selesai je jumpa doktor semua, on the way nak ke kereta ada mini mart dalam hospital tu. Nampak la pulak.


"Maksumah.. kakak dahaga lah..."


OK masuk kedai. Abang pilih air kotak laici, kakak pun sama. Nak bayar, 2-2 kaku depan kaunter. Rupa-rupanya ada Coklat Kinder Joy yang bentuk macam telur tu..


Aku belek harga, satu RM 5 lebih. Bila tengok muka dorg yang berharap tu, memang tak sampai hati.


"Nak?"


"Nakkk..." Laju je 2-2.. So beli tiga, satu lagi untuk Iman. 


Jadi, no durian dah la. Selamat. 
Ini masa tahun 2014 tak silap... Anak2 yang sama batch, lain mak lain bapak tapi berkongsi mak sedara yang sama.. hehe



Iman memang suka main barang2 kat dapur, sampai penat mama dia nak layan...


Dia redha giler masa dipakaikan cekak rambut Kakak, puji cakap comel memang redhalah..



Kena buli pakai bunga...Hahaha


Banyak ubat untuk budak2 tiga beradik...Demam serentak.



Iman (2tahun) bawak lari beg sekolah kakak dia.. Bila panggil, lagi jauh dia pergi.



Iman.... Selalu buat aku gelak. Dia pelat, sepatut panggil aku Maksumah, suka2 dia pergi tukar jadi "Nomah". 

Aku perhatikan, Iman suka rebut barang mainan dari kakak atau abang dia. Rupa2nya, kakak dan abang pun memang main rampas je barang kat tangan Iman. Dah meraung kawan tu.

Iman ni kalau tak puas hati dia akan tampar orang tu kat muka, sekuat hati, Kena sedas memang perit. Dah menangis si abang, abang tolak Iman. Kakak pulak marah abang sebab tolak Iman...

"Ishh abang ni, jangan laa buat Iman..." Jerit kakak.

"Sibuklah maggi ni, sibuk jeeee.." Abang jawab, Maggi tu sebab rambut kakak kerinting.

"Uwaaaa...." kakak meraung..


"Maksumah tengok lah itam ni, ejek orang, dia tu hitam. Hitam hitammm..."

Uwaaa.... 

Meraunglah berjemaah bertiga-tiga itu. 

Aku buat2 pitam. Tapi tak jalan. 

"Tak baik tau, hitam tu kan manis, Maggi pun makan sedap. Maksumah suka maggi. Maksumah pun suka orang kulit macam abang... Hensem kan abang kan..."

Dua-dua diam. Iman dah dapat balik mainan dia tadi, diam jugak.

"Siapa ejek2 ni kan, Allah tak bagi masuk syurga. Kat syurga tu macam2 ada... Kita sebut je apa nak, terus dapat.Besssttt tauu..Maksumah nak masuk syurga..."

"Kalau kakak nak buah Strawberry ada tak maksumah?"

"Ada... semua ada.."

"Emm emm, abang nak jugak..." 

"Abang tak boleh sebab tadi abang ejek kakak. Abang tolak Iman..." Kakak provoke. 

Uwaaa... Abang sambung nangis, Nyaring pulak tu suara. Ini kalau kena orang panas baran, confirm dah naik tangan. Abang ni cengeng sikit. Usik sikit pun dia nangis meraung macam kena pukul.

Sabo aje lah. Patutlah mama dorg kurus keding, hari2 berperang gini gaya.

Kisah 3 hari 2 malam dengan anak2 bertiga ni memang isi masa lapang. Mama dorg pergi kerja, aku bawak keluar pergi kedai RM2 sebab tadi dah berbaik lepas dilanda ribut.

Sebelum masuk kedai dah pesan, sorang cuma boleh ambil 2 barang je..

"Dua? Okey maksumah..." Bersinar2 mata kakak...

Tapi, sampai kat kaunter nak bayar, abang ambil 3 barang. 

"Tadi kan dah janji ambil 2 barang je, maksumah tak cukup duit lah abang ambil 3 ni.."

Diam. Ditenungnya barang mainan atas kaunter. Berdiri keras tak bergerak macam patung. Sudah! Aku tau mesti melalak kejap lagi.

"Ok cepat, nak bayar dah ni..Abang nak yang mana?"

Diam.. Muka dah cebek. 

"Kalau macam ni, lain kali maksumah tak bawak lagi dah datang kedai ni..." Aku control tone suara. Haha

Uwaaaaa.... Dia buat drama dah. Melalak nyaring macam pasang microfon. 

Oh anak, mujurlah xde customer sangat dalam kedai tu. 

End up, setelah dipujuk & dibuat lagi janji lain, aku menang. Tapi, sakit kepala bila fikirkan bila pulak aku nak kotakan janji tu. Janji nak bawak pergi main belon kat padang....

Tunggulah nak, nanti maksumah bawak jalan2 lagi yaaa....

Ahh.. Minggu ni tak jumpa. Rindunyaaa...