" Strength grows in the moments when you think you can't go on but you keep going anyway"
Habis kerja kadang-kadang tu malas nak balik rumah terus
sebab tak ada geng nak ajak sembang sejak Umi pindah ni. Rindu pulak nak
membebel mengadu itu ini dekat dia, hal kat jalan raya masa nak g kerja, hal
parking, hal bayar tol T & Go dengan Pass kerja, hal jumpa manusia perangai
kurang siuman… Hal itu, hal ini. Semua hal lah.
Dalam fikir nak merayap kemana tu, sampai jugak kat parking Strand Mall.
“Hmm… Ni kalau merayap tak ada tujuan confirm ada je yang
terbeli ni nanti..”
Siap parking, masuk terus ke Sam’s Groceries. Niat nak cari botol air baru, yang lama tu untuk kat rumah. Ni nak bawak pergi office. Nak beli
yang 1L punya. Entah berapa puluh kali dah aku beli botol air ni, asyik tak lekat je. Mana tah pergi, hairan jugak.
Tengah duk leka pilih2 botol air, terperasan satu kelibat seorang
lelaki pakai uniform, kemeja putih lengan panjang, seluar hitam, dengan topi.
“Wah, pilot ke tu? Segaknya..”
Nah, cepat2 buat pilihan & tolak troli untuk tengok, nak
sahkan betul tak kelibat yang aku tengok tadi tu. Aku bukan boleh tengok lelaki
beruniform ni, mata jadi juling. Kakakaka..
Pusing dari satu row ke satu row last2 nampak 2 orang pulak
pakai uniform macam tu. Weh, dari tepi kenapa buncit pulak?
“Kah kah kah…gilor siti mahiran ni..!”
Kena tipu!! SECURITY laaaaaaaaaaaa….. Nepal pulak tu!
“Padan muka aku..”
Mulut tersipu2 tahan nak gelak, macam orang tak betul je
rasa.
Mujurlah mulut tak sempat nak terlopong.
Tapi ape pasal uniform diorang macam lain je? Selalu kan
lengan pendek, lepas tu mana ada yang pakai topi. Ke aku yang salah?
“hahahaha… Hambek kaw..”
EH, bukan kata aku nak pilot. Jauh panggang dari api, letak
daging dua hari dua malam pun belum tentu daging masak sebab api jauh sangat. Dorg lagi lah, usah kata sebelah mata, jeling hakak pun tidak gamaknya. hahaha
Cuma, suka je tengok. Suka tak semestinya ingin memiliki.
Kan kan…
Punya cepat nk pilih, dah bayar baru perasan ni cuma untuk 750ml jer... haihhh! |
Sebelum balik, lets mengopi dulu. Setakat ni aku kekal dengan Latte.. |
No comments:
Post a Comment