Monday, July 17, 2017

ROTI CANAI SUSU PEKAT MANIS

"If you have the power to make someone happy, do it. The world needs more of that.."

Hai...
Random topic. 
Bukan resepi. 
Bukan jugak jalan-jalan.
Tapi, ingin menterjemah apa yang dilihat mata dan dirasa oleh hati. Moga jari jemari dan otak boleh bekerjsama dengan baik sehingga tamat penceritaan.

Hampir setiap minggu aku pergi pasar malam,  hari Selasa. Dah jadi habit, pusing pasar sampai ke hujung dan patah balik baru decide untuk beli apa. 

Selalu juga nampak seorang pakcik jual roti canai segera sambil berdiri. Tiada meja, tiada kerusi. Roti canai diletakkan di atas beg beroda yang selalu makcik2 bawa pergi beli barang2 di pasar.

Roti canai yang dibuat oleh anak2 yatim dari rumah kebajikan, Rawang. Sepeket RM3, ada 5 keping dalam satu peket. Dua peket RM5. Aku bukan penggemar roti canai, tapi aku punyai hati tisu. Bertanya satu dua soalan, siapa buat, dari mana... Aku beli 2 peket. Balik rumah, simpan dalam peti. Paksa housemate untuk makan, tapi tak berusik.

Minggu depan aku beli lagi. Minggu berikutnya aku beli lagi. Dan minggu lepas aku beli, kali ini aku makan. Panaskan sekeping dalam kuali leper dengan olive oil, aku jadikan susu manis f &n dan sambal hitam sebagai pencicah. Allahu, tergamam. Rangup, lembut, nipis.. Sumpah sedap!

YES! Teringat yang aku dah banyak membazir bila biarkan roti canai yang  sebelum2 ni berkulat macam tu je. Zalim jugak rasa.

Tapi aku pasti, ada hati yang gembira bila jualan mendatangkan hasil. 

Belilah. Beli. Tak rugi. Kerana kita punyai kuasa untuk buat orang lain gembira. 

Selagi hati terusik dengan apa yang dilihat mata, aku percaya Allah masih bersamaku. Jangan sampai suatu masa hati sudah tidak rasa apa2 apabila terbentang penderitaan orang lain didepan mata, aku khuatir jika hati telah gelap dan jauh dari perhatianNYA. NAUZUBILLAH.

Aku juga dari keluarga peniaga. Mak berniaga, kakak no 4 berniaga, kakak no 5 berniaga. Aku bayangkan kalau mak yang niaga, tak laku. Orang ramai lalu lalang kat depan, tapi tak masuk dekat. Sampai peniaga kiri kanan dah kemas meja, jualan kita masih belum luak. Dah terbayang nak beli lauk untuk buat balik makan kat anak2, nak beli kuih anak2 pesan, nak bagi anak2 belanja sekolah. Tapi tak cukup hasil. Sedih. Aku dah rasa. Kesian mak.. Allahu.

Jadi, kalau nampak makcik2 jual sayur, beli. Nampak Orang Asli jual petai tepi highway, beli. Nampak pakcik jual tisu, beli. 

Jangan tanya aku apa yang korang dapat, tepuk dada tanya iman. Mana tahu, kebaikan yang sedikit itulah yang akan membawa kita ke jalan Syurga Allah yang kekal abadi. Siapa tahu... 

Ganjaran itu milik Dia. 

Cubalah. Cuba gembirakan hati sendiri dengan memberi senyuman kepada orang lain.



No comments:

Post a Comment