Saturday, September 17, 2016

KENAPA REALITY SHOW KOREA LEBIH MENARIK MINAT

Sesetengah orang, sebut je Korea terus macam “Hek ellleh tah pape minat Korea..” Come on babe, cakap macam tu, korang tengok ke tidak? Kalau tengok mamat-mamat jambu yang ramai gegadis zaman sekarang duk gila tu, memang patut la korang cakap macam tu. Tapi pernah tak korang tengok rancangan-rancangan dorg yang lain?











Sini aku nak kongsi apa yang aku dapat dari apa yang aku tengok bertahun lamanya. Kalau tengok dari mata kasar dan kata orang, on surface je, memang dapat hiburan je la semata-mata. Tapi bila tengok dari sudut lain, banyak contoh @ budaya dorg yang kita boleh ambil sebagai pengajaran.


THE RETURN OF SUPERMAN
Ini rancangan bapak2 menjaga anak tanpa pengawasan ibu-ibu. Time shooting, semua cameraman, production team akan berkampung dekat rumah ayah2 tu. Siapa ayah2 tu? Dorg adalah artis @ pemain bola @ ahli sukan yang jadualnya padat dan tak pernah ada masa untuk anak. Dengan rancangan ni, secara tak langsung dorg kena pikul tanggungjawab sebagai ibu + ayah, dan juga perlu rapatkan jurang yang selama ini wujud antara bapa dan anak.

Yang aku nak tekankan, tengok cara macam mana dorg semua didik anak. Lihat kembar 3 (Daehan, Minguk & Manse).. Adab dorg dengan orang tua, dengan rakan sebaya, aku tak pernah nampak pun pada anak2 sebangsa kita. Aku follow sejak usia dorg 1 tahun, sampai umur 4 tahun. Cara ayah dorg disiplinkan anak, tak perlu tinggi suara pun. Tak perlu marah pun. Kalau si adik buat salah, dan si tengah tak tegur, 3-3 dipanggil, hanya seorang disoal siasat dan kalau mengaku salah, dia sorang je kena denda, TAPI, lagi dua beradik tu menangis. Sebab apa? Sebab dorg rasa bersalah sebab tak kena denda sekali. Lucu! Tapi moralnya, dorg tahu nilai kasih saying dan tangungjawab. “Dia kena denda sebab aku tak tegur kesalahan dia tadi…” Itu yang ayah dia nak ajar.

Cara ayah dia denda senang je.. Ambil kerusi kau, duduk diam menghadap dinding 10 minit dan fikir apa yang ko buat tadi tu betul ke salah. Kalau salah, ko kena insafkan diri dan jangan buat lagi. Bijak anak2nya..xde pun yang buat perangai berguling2 bagai. Cuma, bila ayah dia suruh amek kerusi tu dia dah start menangis, sebab tahu dorg dah kena denda bila keluar je kerusi tu. Unik kan. DAN, ayahnya tak gelak2 or senyum2 bila tiba masa untuk disiplinkan anak. Tak ada...





LAW OF THE JUNGLE
Dalam rancangan ni ada sorang ketua, nama dia BYUNG MAN. Dia ni ahli tetap dalam racangan ni sebab dia pakar dalam kebanyakan aktiviti dalam hutan. Rancangan ni memang semua berkampung dalam hutan dan setiap musim akan ada ahli yang berlainan yang dipilih dikalangan artis2 korea.

Hutan yang dorg masuk bukan hutan yang kita pergi jungle tracking, ini hutan belantara yang aku rasa ada sesetengahnya taka da orang tinggal pun. Masuk hutan, makanan tak boleh bawak, apa2 saja semua kena cari dalam hutan untuk makan dan tempat tinggal. Dorg dilarang sama sekali bawak bekal makanan, hatta rempah maggi tu sekalipun.


Tengok attitude dorg.. Susah nak hidup tanpa ada sebarang bekal makan, tapi tak ada sesiapa pun ahli yang merungut dan mengamuk bila tak dapat makan. Ofcoz yang join ni dah aware tentang semua pantang larang & peraturan rancangan, tapi yang aku tabik, bila dibezakan dengan orang kita yang mudah melenting (bukan semua), cepat putus asa, agak jauh panggang dari api la.

Sebut pasal api, dorg pun tak boleh bawak mancis untuk hidupkan api. Apa yang dorg buat, si Byung Man ni ajar ahli-ahlinya macam mana nak hidupkan api dengan sabut kelapa atau daun-daun kering. Bunyi macam senang je kan, berjam-jam dorg usaha untuk nyalakan api, sampai malam dan dalam keadaan hujan renyai. Bila hidup je api, semua bersorak girang. Tidur malam ada yang berjaga sebab nak pastikan api tak mati, dan nak pastikan ahli lain dapat tidur dengan selesa. 

Bab makan pulak, dorg kena redah hutan atau laut atau kat mana dorg ditempatkan tu untuk cari apa sahaja bahan yang boleh makan, termasuk buah-buahan. Ada satu episode tu dorg susah gila nk dapat makanan, tapi jumpa buah betik. Buah betik yang kat tanah pun dikutip, potong dgn pisau dan ambil yang elok, makan. Dah kebulur kan makan je apa adanya. Tapi…tapi.. dorg akan pastikan semua ahli dapat rasa apa yang dorg makan. Tak ade langsung “Ahh biarla dorg cari sendiri, aku lapar lagi ni…”.Yup, betik je kan? Yang buruk tadi makan kat situ, yang elok dikait dari pokok, dibuat balik ke based camp & kenduri ramai2. Yang dah makan tadi, tak makan sekali. Dia biar dulu kawan2 yang lain makan. Ada lebih baru dia makan, walaupun masing2 kebuluran. Sampai tak maksud aku?



RUNNING MAN
Rancangan ni orang cakap poyo je… Apesal poyo? Sebab orang lain cakap poyo..Haaa ko lah yang poyo.

Aku suka cara dorg respect each other, dorg bergurau kasar, tapi taka de pun yang sentap. Kalau ada, terus cakap depan2 dan tak simpan dalam pun. Tak makan dalam ya. Kalau ada, dah lama Kwang-Soo tu kena tumbuk, kena belasah. Sebab Kwang Soo ni suka tikam belakang, suka menipu & tak boleh dipercayai.

Tapi kawan2 lain, walau Kwang Soo tu macam tu, tetap dia berpakat jugak dengan harapan kali ni aku boleh percayakan ko. Tapi kena jugak..Adatlah game kan..Hehehe..Tapi..tapi…habis game, semua dah jadi rapat balik macam xde apa2 jadi. Yang tadi tu, just a game. Compare kan dengan reality show kita, silap haribulan tengok la kat IG artist u, ade la kena kutuk nanti.

Lagi, dorg mengutamakan seniority. Yang muda tetap kena respect yang tua dan itulah yang dorg tunjukkan. Memang itu lah budaya semua manusia yang hidup, tapi lihat balik kat sekeliling kita, dan bandingkan.

Dorg akan ada game Cabut Tag Nama masa last2 mission. Sape dapat cabut tag orang lain, dan dia adalah orang terakhir yang tinggal, maka dia lah menang. Sini, kata-kata maaf tak pernah lekang dari mulut masing-masing. Sebabnya, dorg akan berlaku kasar dan akan tarik menarik baju masing2 atau buat apa sahaja asalkan dapat koyak tag nama orang tu. Maaf.. maaf... maaf. Nak cabut pun mintak maaf, dah cabut pun mintak maaf & peluk tanda tadi tu aku tak amek hati pun. Mampu buat macam tu? Cuba tengok....


 OK...Ada banyak lagi yang tak terkongsi kat sini. Lain kali aku share lagi. Dah sakit perut. BYE!  







No comments:

Post a Comment