Sesetengah orang, sebut je Korea terus macam “Hek ellleh tah
pape minat Korea..” Come on babe, cakap macam tu, korang tengok ke tidak? Kalau
tengok mamat-mamat jambu yang ramai gegadis zaman sekarang duk gila tu, memang
patut la korang cakap macam tu. Tapi pernah tak korang tengok
rancangan-rancangan dorg yang lain?
Sini aku nak kongsi apa yang aku dapat dari apa yang aku
tengok bertahun lamanya. Kalau tengok dari mata kasar dan kata orang, on surface
je, memang dapat hiburan je la semata-mata. Tapi bila tengok dari sudut lain,
banyak contoh @ budaya dorg yang kita boleh ambil sebagai pengajaran.
THE RETURN OF SUPERMAN
Ini rancangan bapak2 menjaga anak tanpa pengawasan ibu-ibu.
Time shooting, semua cameraman, production team akan berkampung dekat rumah
ayah2 tu. Siapa ayah2 tu? Dorg adalah artis @ pemain bola @ ahli sukan yang
jadualnya padat dan tak pernah ada masa untuk anak. Dengan rancangan ni, secara
tak langsung dorg kena pikul tanggungjawab sebagai ibu + ayah, dan juga perlu
rapatkan jurang yang selama ini wujud antara bapa dan anak.
Yang aku nak tekankan, tengok cara macam mana dorg semua
didik anak. Lihat kembar 3 (Daehan, Minguk & Manse).. Adab dorg dengan
orang tua, dengan rakan sebaya, aku tak pernah nampak pun pada anak2 sebangsa
kita. Aku follow sejak usia dorg 1 tahun, sampai umur 4 tahun. Cara ayah dorg
disiplinkan anak, tak perlu tinggi suara pun. Tak perlu marah pun. Kalau si
adik buat salah, dan si tengah tak tegur, 3-3 dipanggil, hanya seorang disoal
siasat dan kalau mengaku salah, dia sorang je kena denda, TAPI, lagi dua
beradik tu menangis. Sebab apa? Sebab dorg rasa bersalah sebab tak kena denda
sekali. Lucu! Tapi moralnya, dorg tahu nilai kasih saying dan tangungjawab. “Dia
kena denda sebab aku tak tegur kesalahan dia tadi…” Itu yang ayah dia nak ajar.
Cara ayah dia denda senang je.. Ambil kerusi kau, duduk diam
menghadap dinding 10 minit dan fikir apa yang ko buat tadi tu betul ke salah.
Kalau salah, ko kena insafkan diri dan jangan buat lagi. Bijak anak2nya..xde
pun yang buat perangai berguling2 bagai. Cuma, bila ayah dia suruh amek kerusi
tu dia dah start menangis, sebab tahu dorg dah kena denda bila keluar je kerusi
tu. Unik kan. DAN, ayahnya tak gelak2 or senyum2 bila tiba masa untuk
disiplinkan anak. Tak ada...
LAW OF THE JUNGLE
Dalam rancangan ni ada sorang ketua, nama dia BYUNG MAN. Dia
ni ahli tetap dalam racangan ni sebab dia pakar dalam kebanyakan aktiviti dalam
hutan. Rancangan ni memang semua berkampung dalam hutan dan setiap musim akan ada
ahli yang berlainan yang dipilih dikalangan artis2 korea.
Hutan yang dorg masuk bukan hutan yang kita pergi jungle
tracking, ini hutan belantara yang aku rasa ada sesetengahnya taka da orang
tinggal pun. Masuk hutan, makanan tak boleh bawak, apa2 saja semua kena cari
dalam hutan untuk makan dan tempat tinggal. Dorg dilarang sama sekali bawak
bekal makanan, hatta rempah maggi tu sekalipun.
Tengok attitude dorg.. Susah nak hidup tanpa ada sebarang
bekal makan, tapi tak ada sesiapa pun ahli yang merungut dan mengamuk bila tak
dapat makan. Ofcoz yang join ni dah aware tentang semua pantang larang &
peraturan rancangan, tapi yang aku tabik, bila dibezakan dengan orang kita yang
mudah melenting (bukan semua), cepat putus asa, agak jauh panggang dari api la.
Sebut pasal api, dorg pun tak boleh bawak mancis untuk
hidupkan api. Apa yang dorg buat, si Byung Man ni ajar ahli-ahlinya macam mana
nak hidupkan api dengan sabut kelapa atau daun-daun kering. Bunyi macam senang
je kan, berjam-jam dorg usaha untuk nyalakan api, sampai malam dan dalam
keadaan hujan renyai. Bila hidup je api, semua bersorak girang. Tidur malam ada
yang berjaga sebab nak pastikan api tak mati, dan nak pastikan ahli lain dapat
tidur dengan selesa.
Bab makan pulak, dorg kena redah hutan atau laut atau kat
mana dorg ditempatkan tu untuk cari apa sahaja bahan yang boleh makan, termasuk
buah-buahan. Ada satu episode tu dorg susah gila nk dapat makanan, tapi jumpa
buah betik. Buah betik yang kat tanah pun dikutip, potong dgn pisau dan ambil
yang elok, makan. Dah kebulur kan makan je apa adanya. Tapi…tapi.. dorg akan
pastikan semua ahli dapat rasa apa yang dorg makan. Tak ade langsung “Ahh biarla
dorg cari sendiri, aku lapar lagi ni…”.Yup, betik je kan? Yang buruk tadi makan
kat situ, yang elok dikait dari pokok, dibuat balik ke based camp & kenduri
ramai2. Yang dah makan tadi, tak makan sekali. Dia biar dulu kawan2 yang lain
makan. Ada lebih baru dia makan, walaupun masing2 kebuluran. Sampai tak maksud
aku?
RUNNING MAN
Rancangan ni orang cakap poyo je… Apesal poyo? Sebab orang
lain cakap poyo..Haaa ko lah yang poyo.
Aku suka cara dorg respect each other, dorg bergurau kasar,
tapi taka de pun yang sentap. Kalau ada, terus cakap depan2 dan tak simpan
dalam pun. Tak makan dalam ya. Kalau ada, dah lama Kwang-Soo tu kena tumbuk,
kena belasah. Sebab Kwang Soo ni suka tikam belakang, suka menipu & tak
boleh dipercayai.
Tapi kawan2 lain, walau Kwang Soo tu macam tu, tetap dia
berpakat jugak dengan harapan kali ni aku boleh percayakan ko. Tapi kena
jugak..Adatlah game kan..Hehehe..Tapi..tapi…habis game, semua dah jadi rapat
balik macam xde apa2 jadi. Yang tadi tu, just a game. Compare kan dengan reality
show kita, silap haribulan tengok la kat IG artist u, ade la kena kutuk nanti.
Lagi, dorg mengutamakan seniority. Yang muda tetap kena
respect yang tua dan itulah yang dorg tunjukkan. Memang itu lah budaya semua
manusia yang hidup, tapi lihat balik kat sekeliling kita, dan bandingkan.
Dorg akan ada game Cabut Tag Nama masa last2 mission. Sape dapat cabut tag orang lain, dan dia adalah orang terakhir yang tinggal, maka dia lah menang. Sini, kata-kata maaf tak pernah lekang dari mulut masing-masing. Sebabnya, dorg akan berlaku kasar dan akan tarik menarik baju masing2 atau buat apa sahaja asalkan dapat koyak tag nama orang tu. Maaf.. maaf... maaf. Nak cabut pun mintak maaf, dah cabut pun mintak maaf & peluk tanda tadi tu aku tak amek hati pun. Mampu buat macam tu? Cuba tengok....
OK...Ada banyak lagi yang tak terkongsi kat sini. Lain kali aku share lagi. Dah sakit perut. BYE!