Monday, October 31, 2016

CHICKEN MAYONIS ALA OBRIEN'S

Tahun 2007, aku pernah kerja part time di Obrien's Irish Sandwiches Bar di One Utama.
Buat sandwich, salad, kopi...

Harga dia, kalau aku, aku tak beli la...Mahal. Melainkan aku rasa tengah berkepuk2, boleh la masuk sekali sekala. Air mineral pun dia jual rm2.50.. tu tahun 2007 ya. Zaman sebelum aku sambung blaja di UPM.

Sandwich dia lagi mahal. Tapi syok kerja situ, dapat asah communication skill. Time lunch hour macam2 jenis manusia datang. Slalu staff2 dari IBM dan TV3 sebab dorg boleh dapat diskaun 10%. Ada mat salleh. Time mat salleh je, aku terhegeh2 nak amek order. Bukan pandai speaking, tapi nak jugak. Sebabnya...Sebab nak asah. Asah skill. hehe

Majoriti staff2 Obriens akan tahu macam mana nak prepare bahan2 sandwich tu. Dari start beli bahan mentah dengan supplier, sampai la menjadi sandwich. 

Tuna mayo, ciken mayo, egg mayo..
Dressing dia, honey mustard mayonis, humus, apa la lagi dah lupa.

Malam tadi nak test aku punya ingatan tentang cara2 nak buat ingredients tu semua. Dapat ala2 je la sebab bahan tak cukup sangat. Aku buat ciken mayo...

Korang kena ada:
1. Coleslaw
2. Ciken mayo
3. Roti

Nak buat coleslaw senang je:
1. Hiris kobis halus2 macam KFC tu
2. Kalau suka kaler2, letak carrot dengan red cabbage
3. Masukkan dalam bekas besar, letak mayonis dan gaul


Aku letak mayo sampai kobis tu layu..

BAHAN-BAHAN NAK BUAT CHICKEN MAYONIS
1. Isi ayam (Aku guna bahagian dada ayam)
2. Roti (Ikut suka, malam ni aku guna bun)
3. Serbuk lada hitam
4. Mayonis
5. Tomato
6. Timun
7. Lettuce 
8. Butter
9. Lada sulah

CARA-CARA
1. Rebus isi ayam sampai masak
2. Toskan & hancur-hancurkan
3. Campak mayonis ikut kuantiti yang korang suka. Aku sukat tadi untuk 4 dada ayam, 7 sudu mayonis
4. Buh serbuk lada hitam
5. Taruk sikit serbuk lada sulah
6. Lada hitam kasar sikit (kalau suka, kalau tak letak pun xpe)
7. Gaul sebati guna tangan (pakai glove tau)
8. Siap

Dah boleh letak dalam roti..Sapu roti dengan butter, tak pun marjerin. Letak ciken mayo, letak hirisan timun, kemudian hirisan tomato, dan lettuce. Last skali letak coleslaw.

Tujuan letak coleslaw last skali tu supaya sandwich tidak bercerai bila kita potong. Bercerai dengan partner dia yang 1 slice lagi tu la.

Ok dah boleh bukak kedai...

MAKAN. SEDAP WEH!



Bun ni sedia manis,  bila makan dgn chicken mayo bertambah sedap..

Ayam rebus yang dah dihancurkan

Ni selepas gaul dengan bahan2..



Monday, October 24, 2016

RESEPI BISKUT ARAB CAIR DIMULUT

Harini nak share resepi biskut arab yang aku buat masa raya tahun lepas.. 
Senang sangat, rajin dengan malas je la korang nak buatnya.

BAHAN-BAHAN:
  1. Tepung gandum - 1 kg
  2. Minyak sapi - 500g
  3. Gula kastor
  4. Pewarna (Aku tak guna pun)
  5. Ceri untuk hiasan
CARA-CARA:
  1. Uli tepung dan minyak sapi sampai jadi doh
  2. Bulatkan ikut saiz yang korang suka (cukup lah sebesar ibu jari je sebab nanti dia kembang lps bakar)
  3. Letakkan ceri yang dah dihiris kecik
  4. Bakar 170'c untuk 15 hingga 20 minit
  5. Dah sejuk baru golekkan dalam gula kastor
  6. Makan!

Haaa comel tak? Tengok tangan laaa...

Masa ni oven baru lagi, rajin la nak buat itu ini...

Monday, October 17, 2016

AKU KEJAM KE LIPAS?

Dear Diary,

Harini aku terpijak lipas sampai keluar isi perut dia. Aku tak nampak, aku tak sengaja. Walaupun dah keluar isi perut tapi dia masih mampu merangkak-rangkak untuk menyelamatkan diri. Sungguh! Meremang bulu roma bila teringat balik. Rasa nak samak kaki pun ya....GELI.

Dah keluar isi perut pun dia belum mati. Liat sungguh nyawa dia. Untuk mengelakkan dia merayap masuk dalam bilik, maka aku pun menterbalikkan dia dengan menggunakan botol air kosong yang dah tak guna. Maka, terbalik lah dia kaki ke atas badan ke bawah lepas tu aku biarkan je dia kat ruang tamu tu. Esok dia mesti dah tak bernyawa dah.

Aku kejam ke?

Tak tahu lah diari, tapi aku seram. Nanti kalau dia panggil geng2 dia macam mana? Sebab kawan-kawan aku cakap jangan bunuh lipas yang ada dalam rumah sampai keluar perut, nanti dia lagi banyak membiak. Sebab dalam perut dia tu ada banyak telur. Betul ke tu? Kawan aku cakap, kalau bunuh dengan ridset tu takpe, biar dia mati sebab lemas dan pening-pening. Iyer ke? Ke kawan aku tu tipu? Uwaaaa...

Aku bukan bunuh dia, tak sengaja je....
Malam ni tidur kena pakai stokin, takut nanti lipas gigit.

Bye diari....Mmmuahhh!

::::Aku minum Nescafe tadi, jadi ting tong jap::::






Sunday, October 16, 2016

FREE MARKET MEDIUM UNTUK BERSEDEKAH

Harini 16.10.2016, Ahad...
Aku dengan ex-efficemate join Free Market di Kota Damansara, Seksyen 9. Ini pengalaman kali ke berapa aku tak pasti, tapi kurang dari 10 kali lah. Hehe

Lain lokasi, lain organizer. Aku dengan Maisarah jadi contributor. Memang kami selalu join sama2, dah ajak kawan lain, susah nak cari yang berminat..

Aku dah collect barang-barang dari kawan2 office, ada jugak barang aku sendiri yang dah tak nak guna tapi masih dalam keadaan elok.

SOALAN : Apa itu Free Market?
JAWAPAN: Direct translatenya ialah Pasar Percuma. Ada penganjur, ada penyumbang & ada penerima. Wajib ada 3-3. 
Siapa sahaja boleh jadi penyumbang, janji kena bawak barang & jaga sendiri sampai barang tersebut habis. Macam pasar pagi tu, kita jual tapi langsung tak melibatkan apa-apa wang ringgit.
Siapa penerima? Ianya terpulang kepada penganjur untuk target siapa & golongan mana yang boleh menerima. Iya, ada yang dikhaskan kepada golongan Asnaf, anak2 yatim, dan fakir. Ada juga terbuka kepada semua pengunjung. 

Tu dia Maisarah lambat sampai, sampai2 je terus kena hurung...

Syaratnya, boleh ambil apa sahaja yang dipamerkan oleh penyumbang tapi perlu jaga adab & tatasusila. 

Boleh kata dah banyak kali aku jadi contributor, hanya 1 yang aku dapat. Aku jadi addicted!
Addicted nak buat lagi dan lagi. Ada semacam rasa yang mengalir dalam hati ni bila mana apa yang aku hamparkan atas tikar tu, dapat memberi senyuman & gelak ketawa pada yang memerlukan. 

Yang datang tu pakcik2, makcik2... Ada datang bertanya seluar untuk cucu umur 6 tahun, baju kerja untuk anak, kasut sekolah dan macam2 lagi. Pendek kata, kau letak lah apa saja kat tikar tu, semua akan habis.

Dia macam ni lah...Orang yang tak faham akan tanya "Apa kau dapat dengan bagi dorang semua barang2 tu?"
Senang je...Nak tahu, kau rasa sendiri. Lainlah kalau kau jenis hati gelap legam, memang kau tak akan rasa apa2.
Target Freemarket KD ialah penduduk PPR Seksyen 9, Kota Damansara..
Hebat!! 
Orang-orang yang menganjurkan program seumpama ini memang hebat. Ianya membuka ruang untuk anak bilis macam aku untuk merasa memberi, tanpa perlu mengeluarkan wang ringgit. Nak sedekah wang ringgit, banyak manalah sangat yang aku mampu. Dengan cara macam ni je lah yang boleh buat aku rasa, aku ada lebih..Jadi aku nak beri pada mereka yang kurang. Dapat top up sikit2 apa yang dorg xde, yang aku ada..

Susah jugak nak ajak orang buat baik. Orang kaya kalau join, pasti banyak tanya. Pasti dia tanya "You yakin ke dia fakir miskin? Betul ke dia nak guna apa yang you bagi tu?"

Uncle, fakir miskin susah dah nak jumpa sekarang. Yang kita tolong ni adalah golongan yang susah. Dan, jika ingin memberi, tak perlu banyak soal. Tepuk dada, tanya hati, kenapa orang memberi. Tak perlu ada sebabnya... Niatkan sahaja di hati untuk buat kebaikan. Simple as that!

Next, bulan 12.. Ada lagi FM sempena buka sekolah. In Shaa Allah, jika diizinkan, mahu join lagi...


Jan 2015...

FM di Damansara Damai tahun 2014...


Thursday, October 6, 2016

MEE REBUS JAWA TERBAIK DI R&R MACHAP UTARA

Aku teruja nak share entri kali ni. Mee rebus jawa paling sedap yang aku pernah makan. Serius sedap. Yang kat KL tu kalau kata sedap, ini tambah2 sedap.

Lokasinya di hentian R&R Machap Utara, on the way nak balik ke KL dari JB.

Masa sampai tu, termenung dulu masing-masing kat meja makan sebab tak tahu nak makan apa. Banyak sangat pilihan. Dah jalan dari kedai hujung ke hujung, masih belum terbuka selera.

Sebelah meja ni ada makcik dengan anak bujang dia (yer kot bujang, kalau tak mesti mak dia tak jeling2 kami) muahaha. Senyum je dia makcik tengok gegadis semua muka blurr & selenga je sebab dh penat pusing JPO tadi. Dia dengar agaknya kami tak tahu nak makan apa. Lalu dia bagitahu makanan yang dia makan sekarang tu sedap. Mee Rebus Jawa.

Aku pun ikut selera makcik. Mee rebus jawa sepinggan. Wow!!

Wei, sedap sampai terangkat kening. Tak tipu, memang terbaik. Ini kalau bawak mak aku makan ni, memang makan tak angkat kepala la gayanya. Ada can dia ajak cari yang sama kang.

Korang kena try.. Gerai no 3, nama gerai tu Sinar Selancar. Harga dia RM4.75 tak  silap aku termasuk GST. Sedap!!




Sorry, dah licin baru igt nak tangkap gambar

Aku jarang makan licin macam tu. Lagi pulak, aku bukan penggemar mee kuning. Makan pun aku cerewet. Aku bagi 4 bintang setengah out of 5....

Bila tah nak makan lagi.. Highly recommended!!!
Ingat! Gerai No 3, R&R Machap Utara.


Wednesday, October 5, 2016

KACANG POOL HAJI JOHOR BAHRU

Banyak kali tengok kawan2 kat FB share dorg makan kacang pool bila pergi ke JB. Sedap sangat je gayanya, terliuk mak nak!

Kacang pool yang terkenal kat JB ni katanya Kacang Pool Haji. So, ini masuk dalam wish list sepanjang aku & kengkawan berada di JB. Aku nak sangat try Asam Pedas tapi tak terkebetulan, lain kali je lah.

 Jom fokus degan kacang pool ni.
Kami check out dari hotel jam 10.30 pagi, terus gerak ikut waze ke Kacang Pool Haji. Aku drive, Umi bagi direction. Sekejap je sampai, senang je pun nak cari lokasi. Teruja gila memasing. Mata pun bercahaya je semua.

Nak dapat meja kena tunggu orang bangun since semua meja penuh. Glemer agaknya kedai Haji ni. Lima minit je tunggu, ada abang kat meje depan kami bangun. Kami order 3 mangkuk kacang pool daging. 

Dekat 10 minit makanan sampai, tak lama pun. Air je lambat. Aku dah habis makan baru sampai. Ramai orang kan, kalut dorg. 
Nahhh, kacang pool daging yang orang ramai suka order

Sebelum makan, kita buat tabiat kebiasaan perempuan dulu...kikiki
Telur mata kerbau tu tujuan dia untuk buat hidangan jadi lemak berkrim, hancurkan semua baru rasa

Hah! Begini rasa kacang pool rupanya. Kami makan sopan je. Diam tak berkutik. Aku pandang kau, kau pandang aku. Hurmmmm....

Lokasinya senang je, korang waze kan aje Kacang Pool Haji, dekat je dengan Pasar Basah Larkin. Ada menu lain, tapi tujuan utama nak makan kacang pool so dah tak order yang lain dah.

Terletak betul2 depan Sekolah Jenis Keb Cina Poon Yew 3



Nak tahu sedap ke tidak, cuba lah sendiri. He he he..
Kalau tanya aku....Urmmm, sebab kami dah breakfast kat hotel sebelum check out tadi, so rasa dia so-so je lah. Cuba kau makan time lapar, confirm sedap giler... 


Muka fresh sebelum makan, lepas makan memasing membisu...



PERCUTIAN SINGKAT KE JOHOR BAHRU- PART 2

Kami bertiga (aku, Umi & Nada) tak pernah menginap di mana2 hotel kat JB ni. So kami cari di trivago, booking.com, agoda dan ada jugak aku risik2 dengan officemate yang suami dia orang sana.

Officemate cadangkan kami stay di Suria City Hotel sebab rate murah. Lokasinya pulak terletak 10 minit dari Danga Bay, 30 minit ke Senai Airport. Aku call untuk book bilik & total masa tu diberitahu oleh pekerja hotel ialah RM 185 termasuk breakfast untuk 3 orang. Dia bagi bilik Superior dengan extra bed sebab bertiga. Murah kan.

Makanya, jam 6 petang kami dah sampai area hotel. Pusing2 cari Suria City Hotel tak jumpa. Yang nampak, Hotel Blue Wave yang tersergam indah mengadap laut tu. 3 kali pusing baru jumpa.. Patut la, tengah ada construction, dan hotel terlindung dengan kerja2 construction tu. Dah tak enak dah bila nampak gitu.

Tengah berbaris nak check-in..

OK.. settle proses check in. Harga dia caj hanya RM115.00 which is sangat jauh beza dengan harga yang diberitahu by phone call. Aku dah mula tak sedap hati. Takpe, kita tengok dulu..

Pegi bilik kat tingkat 4. Hmmm...Agak dah. Kechiwa kita. Bilik sempit ada katil single 2. Masa call dia kata ada katil queen + extra bed. Dah sempit mcm tu mn nak letak lagi extra bed? Aku call receptionist buat2 tanya kat mana nak letak lagi 1 extra bed sebab ruang solat pun tak ada, nak tahu apa dia jawab? 

"Letak kat bawah tu la, bawah tv kat hujung katil. Tak pun akak rapatkan katil, jimat la ruang..."

Ya, aku memang 'penyabar' orangnya...Sabar.

Lepas kami bertiga bincang, daripada berlaga2 dalam bilik ni lebih baik kita bayar extra asalkan puas hati.

Maka aku call lagi receptionist mintak tukar bilik. Dung dang dung dang, dapat lah Family Room kat tingkat lima dengan harga RM200.. Lega, bilik luas dan katil ada 2 (Queen + single). 

Adik yang serve kami tu pun (aku ingat sorang nama Hisham Ali, sorang lagi Fadzreen) datang iring kami dari tingkat empat ke tingkat lima, mungkin rasa bersalah sebab aku dah nak jadi rimau dapat bilik sekangkang kera sedangkan aku booked bilik siap pesan nak yang selesa untuk 3 orang. Ini, nak solat pun xde ruang. Macam hotel bajet, tapi dalam website, rate hotel tiga bintang. Tak seperti yang digambarkan. Tak baik tau!

Pemandangan dari bilik tingkat lima yang umi snap..

Kami dari jauh, sepanjang perjalanan duk bayangkan betapa enaknya dapat bermalam kat tempat yang selesa & tenang. Tapi, 1st impression dah failed. Maaf!

Penyambut tetamu, aku tak nampak pun orang dewasa. Semua, dari start registration, jaga breakfast, semua adik2 awal 20an. Rupa-rupanya, Suria City ni ada kolej kat belakang hotel. So, maybe adik2 praktikal ATAU, dah habis belajar terus kerja dengan hotel. Hmmm....

Breakfast GAGAL. Tu je aku boleh cakap. Aku beria cari bilik nak sekali dengan sarapan pagi, satu kepala caj RM20. Tapi hampa la korang. Tak ada rasa. Entah. Aku tak galakkan korang pergi sini. Mungkin bad experience kami dengan Suria City Hotel, mungkin korang lebih elok. 

Nasi goreng = tawar + rasa mentah
Omelette = tawar
roti celup telur = roti celup telur lah

Tapi, itu lah yang pertama dan terakhir kami dengan Suria City Hotel, JB. Kalau tengok kat website dia, ada beberapa lagi cawangan lain. Siap ada resort. Aku tertipu dengan itu. Yup... lesson learnt. But still, kami mencari keseronokan dengan cara lain dalam percutian ni. 

Stay tune bebeh!

Dah nak check-out baru teringat nak amek pic dalam bilik..

PERCUTIAN SINGKAT KE JOHOR BAHRU - PART 1

Hari minggu haritu pergi kenduri kawan kat Batu Pahat. Kali ke-3 aku sampai Negeri Johor semata-mata untuk makan gulai je. Lepas tu terus gerak balik.

Kali ni pergi dah buat plan siap2 dengan housemate (Umi & Nada) untuk jadikan sebagai percutian singkat kami. Berminggu jugak duk survey hotel, tempat makan best dan apa yang menarik kat Batu Pahat & JB. Mula2 nak tidur kat BP, tp tengok macam xde apa sangat (sebab tak tahu & xde orang boleh guide) so kami decide utk bermalam hotel di JB.

Negeri ke2 kami lintas... Sempadan Nogoghi Sembilan tak sempat nak snap.

Gerak jam 8 pagi, sampai rumah pengantin lebih kurang pukul 12 tengahari. Jem wooo... Lenguh kaki, pedih mata. Mata pakai contact lens punya pasal, nak bergaya katanya. Muahaha..

Tengok member ni kawin, rasa diri mcm dah xde harapan. Hahaha. Hilang sorang lagi  member nak melepak sesama, frust ooo tengok kawan baik dengan kita naik pelamin sorang demi sorang. Ni pun aku lega sebab masih ada 2 orang housemate yang sama kapal dengan aku, kalo dorg kawin dulu.... Arghhh!! Tak mahu lah, nanti xde geng. Mati la nakkk.


Keterujaan dia lain tau dapat sweet escape gini dengan kawan baik kau, ni 1st time selama berkawan ni kami pergi jalan jauh. Tiap kali nampak papan tanda sempadan tu, kami jadi sakai dari dalam kereta. Tak senonoh kalau orang dengar, macam tak pernah berjalan pulak gaya. Kikiki

Selamat pengantin baru Ain & Zul..


Lepas kenyang, selesai bergambar dengan pengantin semua, kami terus gerak ke JB dekat pukul 4 petang. Kali ni si Nada yang drive, aku dah ngantuk tahap apa dah.  Umi jadi co-pilot, tukang tunjuk jalan berdasarkan waze semata2. Memang 3-3 ni buta langsung pasal Johor, duk kata macam pergi negara lain punya lah nak kata asing gila bagi ktorg. Ishh ishh ishh..

Jalan yang waze bagi tak jem pun (kat kenduri tadi orang kata jem gila), mungkin sebab kami lalu jalan kampung. Jam lebih kurang 6 petang kami sampai kat hotel yang dah di booked awal2. Nanti aku cerita keadaan hotel pulak.

Tapi wey, serius cantik gila view yang terbentang depan kami sesampainya kat JB tuh (mesti orang JB kata "hek elleh, kat mana yang lawanya?"). Bior lah, kami kata lawa. Korang kata tak lawa, lantok! huhu 

Tak sempat nak snap gambar sangat since kami terkial2 cari jalan nak tembus ke hotel. Sampai je hotel, rest dan bersedia untuk keluar dinner...


Dari lorong yang keluar dari mana tah, kami sempat snap ini je. Itu pun parking depan rumah orang



To be continue...