Friday, July 28, 2017

MACAM MANA NAK HILANGKAN KERAK HANGIT DALAM KUALI?

"True strength is in the soul and spirit, not in muscles"





Ini gambar kuali kesayangan, kaler dia memang dah hitam legam sejak beli. Tapi kuali ni jarang berkerak, melainkan memang betul2 lama masak & lupa nak kacau.

Haritu guna untuk masak rendang ayam.. Tinggal rendang atas dapur untuk pergi solat sekejap, api dah slow. Tapi hangit sikit.

Nahh! Kikis kerak dengan sudu..Aku dah cuba cara ni beberapa kali untuk hilangkan kerak hangit tu. Setakat ni Alhamdullillah menjadi. 

Caranya senang je :
  1. Cuci kuali & panaskan atas api sampai kerak hangit tu jadi merekah & berkeping2. Kuali berasap itu biasa je, jangan panic.
  2. Kikis kerak dengan sudu (dengan sudip pun boleh). Make sure kuali sejuk dulu then baru boleh kikis. Nanti melecur jangan marah aiiii...
  3. Kalau belum hilang, ulang balik langkah 1

Harap membantu!

Cara ini mungkin tak berkesan pada sesetengah kuali, tapi so far kuali kat rumah aku semuanya menjadi. 

Ada cara lebih baik? Silakan.... hehehehe






KERENAH ANAK-ANAK SAUDARA BUAT MAKCIK LEBIH MATANG

 "Never give up on something you really want. It's difficult to wait, but worse to regret..."




I want I want I want you...muah muah muah muah muahhh ! (Nyanyi sambil gelek macam Dato' Sri Vida) :-p

Habis terpengaruh dengar lagu dia. Menyampah, tapi dah dengar kerap sangat kat radio jadi lekat pulak kat telinga... ish ish ish..

Lagi satu lagu yang asyik bedengung2 kat telinga ni, lagu ni...


"ha ha haaa aku ketawa haaaa..." 


Itu je lirik yang aku tahu, tapi lagu best. Penyanyi lelaki, xtau lah siapa namanya. Tuannya pun tak kenal. Anak2 sedara selalu duk nyanyi.. Haritu lagu si Khai Bahar, ini lagu ha ha haa ni pulak.. Masak masak!


Sebut pasal anak sedara, dua hari lepas nak clearkan gambar2 kat telefon. Belek gambar2 lama, sayang nak buang. Banyak gambar anak2 sedara. Semua kesayangan Maksumah (gelaran yang diorang panggil to me, tak glemer langsung).


Selalunya, hari minggu habiskan masa dengan anak2 yang ada di Rawang. Dengan Kakak Syasya, Rizqi, dan of coz si kecik Iman Danish.





Ni gambar adik ipar hantar, sebak sangat baca.. 
Lukisan Kakak Syasya lagi, ini jelah kerja dia hari2. Suruh buat kerja sekolah kemain liat...
Kakak Syasya masa umur 6 bulan, sekarangdah Darjah 2, Masa ni katanya ada contest baby comel kat Giant. Aku pun masuklah, kena bayar yuran penyertaan RM60. Entah ya entah tidak.

Kakak Syasya demam, kat hospital Selayang, 3-3 beradik demam, nak pitam maksumah dengan mama layan kerenah korang...



Masa tunggu turn jumpa doktor, kakak baring atas riba aku sambil merengek kenapa lama sangat. Dengan nada lembut...

"Kakak, kakak tengok baby tu, kesian dia dari tadi dia nangis tak henti2.. Dia lagi sakit dari kakak. Kakak tak kesian kat dia.."

"Kesian....."

"Kakak tidur dulu, nanti doktor panggil, maksumah kejut.."

Tiba-tiba...

"Maksumah, boleh tak lepas jumpa doktor, kakak nak makan buah Strawberry?"

GULPPP!

"Mana ada strawberry kat sini kakak, yang tu kena pergi Cameron Highland. Jauh, maksumah tak larat la nak bawak kereta jauh2. Kakak kan demam lagipun.."

Nampak dia termenung sambil anak mata ligat pusing sana pusing sini..

"Kakak nak makan durianlah, dah lama kakak tak makan durian..."

Muahaha.. Ada2 je kan.. Ok, sebab tak nak dia tantrum kat situ, aku iyakan aja. Janji dia kena behave, dan janji jugak kalau kita jumpa tepi jalan nanti. Kalau xde, ganti dengan menda lain. Dia setuju.

Tapi, selesai je jumpa doktor semua, on the way nak ke kereta ada mini mart dalam hospital tu. Nampak la pulak.


"Maksumah.. kakak dahaga lah..."


OK masuk kedai. Abang pilih air kotak laici, kakak pun sama. Nak bayar, 2-2 kaku depan kaunter. Rupa-rupanya ada Coklat Kinder Joy yang bentuk macam telur tu..


Aku belek harga, satu RM 5 lebih. Bila tengok muka dorg yang berharap tu, memang tak sampai hati.


"Nak?"


"Nakkk..." Laju je 2-2.. So beli tiga, satu lagi untuk Iman. 


Jadi, no durian dah la. Selamat. 
Ini masa tahun 2014 tak silap... Anak2 yang sama batch, lain mak lain bapak tapi berkongsi mak sedara yang sama.. hehe



Iman memang suka main barang2 kat dapur, sampai penat mama dia nak layan...


Dia redha giler masa dipakaikan cekak rambut Kakak, puji cakap comel memang redhalah..



Kena buli pakai bunga...Hahaha


Banyak ubat untuk budak2 tiga beradik...Demam serentak.



Iman (2tahun) bawak lari beg sekolah kakak dia.. Bila panggil, lagi jauh dia pergi.



Iman.... Selalu buat aku gelak. Dia pelat, sepatut panggil aku Maksumah, suka2 dia pergi tukar jadi "Nomah". 

Aku perhatikan, Iman suka rebut barang mainan dari kakak atau abang dia. Rupa2nya, kakak dan abang pun memang main rampas je barang kat tangan Iman. Dah meraung kawan tu.

Iman ni kalau tak puas hati dia akan tampar orang tu kat muka, sekuat hati, Kena sedas memang perit. Dah menangis si abang, abang tolak Iman. Kakak pulak marah abang sebab tolak Iman...

"Ishh abang ni, jangan laa buat Iman..." Jerit kakak.

"Sibuklah maggi ni, sibuk jeeee.." Abang jawab, Maggi tu sebab rambut kakak kerinting.

"Uwaaaa...." kakak meraung..


"Maksumah tengok lah itam ni, ejek orang, dia tu hitam. Hitam hitammm..."

Uwaaa.... 

Meraunglah berjemaah bertiga-tiga itu. 

Aku buat2 pitam. Tapi tak jalan. 

"Tak baik tau, hitam tu kan manis, Maggi pun makan sedap. Maksumah suka maggi. Maksumah pun suka orang kulit macam abang... Hensem kan abang kan..."

Dua-dua diam. Iman dah dapat balik mainan dia tadi, diam jugak.

"Siapa ejek2 ni kan, Allah tak bagi masuk syurga. Kat syurga tu macam2 ada... Kita sebut je apa nak, terus dapat.Besssttt tauu..Maksumah nak masuk syurga..."

"Kalau kakak nak buah Strawberry ada tak maksumah?"

"Ada... semua ada.."

"Emm emm, abang nak jugak..." 

"Abang tak boleh sebab tadi abang ejek kakak. Abang tolak Iman..." Kakak provoke. 

Uwaaa... Abang sambung nangis, Nyaring pulak tu suara. Ini kalau kena orang panas baran, confirm dah naik tangan. Abang ni cengeng sikit. Usik sikit pun dia nangis meraung macam kena pukul.

Sabo aje lah. Patutlah mama dorg kurus keding, hari2 berperang gini gaya.

Kisah 3 hari 2 malam dengan anak2 bertiga ni memang isi masa lapang. Mama dorg pergi kerja, aku bawak keluar pergi kedai RM2 sebab tadi dah berbaik lepas dilanda ribut.

Sebelum masuk kedai dah pesan, sorang cuma boleh ambil 2 barang je..

"Dua? Okey maksumah..." Bersinar2 mata kakak...

Tapi, sampai kat kaunter nak bayar, abang ambil 3 barang. 

"Tadi kan dah janji ambil 2 barang je, maksumah tak cukup duit lah abang ambil 3 ni.."

Diam. Ditenungnya barang mainan atas kaunter. Berdiri keras tak bergerak macam patung. Sudah! Aku tau mesti melalak kejap lagi.

"Ok cepat, nak bayar dah ni..Abang nak yang mana?"

Diam.. Muka dah cebek. 

"Kalau macam ni, lain kali maksumah tak bawak lagi dah datang kedai ni..." Aku control tone suara. Haha

Uwaaaaa.... Dia buat drama dah. Melalak nyaring macam pasang microfon. 

Oh anak, mujurlah xde customer sangat dalam kedai tu. 

End up, setelah dipujuk & dibuat lagi janji lain, aku menang. Tapi, sakit kepala bila fikirkan bila pulak aku nak kotakan janji tu. Janji nak bawak pergi main belon kat padang....

Tunggulah nak, nanti maksumah bawak jalan2 lagi yaaa....

Ahh.. Minggu ni tak jumpa. Rindunyaaa...




Tuesday, July 25, 2017

KU SANGKAKAN PILOT, RUPA-RUPANYA..............

" Strength grows in the moments when you think you can't go on but you keep going anyway"


Habis kerja kadang-kadang tu malas nak balik rumah terus sebab tak ada geng nak ajak sembang sejak Umi pindah ni. Rindu pulak nak membebel mengadu itu ini dekat dia, hal kat jalan raya masa nak g kerja, hal parking, hal bayar tol T & Go dengan Pass kerja, hal jumpa manusia perangai kurang siuman… Hal itu, hal ini. Semua hal lah.

Dalam fikir nak merayap kemana tu, sampai jugak kat parking  Strand Mall.

“Hmm… Ni kalau merayap tak ada tujuan confirm ada je yang terbeli ni nanti..”

Siap parking, masuk terus ke Sam’s Groceries. Niat nak cari botol air baru, yang lama tu untuk kat rumah. Ni nak bawak pergi office. Nak beli yang 1L punya. Entah berapa puluh kali dah aku beli botol air ni, asyik tak lekat je. Mana tah pergi, hairan jugak.

Tengah duk leka pilih2 botol air, terperasan satu kelibat seorang lelaki pakai uniform, kemeja putih lengan panjang, seluar hitam, dengan topi.

“Wah, pilot ke tu? Segaknya..”

Nah, cepat2 buat pilihan & tolak troli untuk tengok, nak sahkan betul tak kelibat yang aku tengok tadi tu. Aku bukan boleh tengok lelaki beruniform ni, mata jadi juling. Kakakaka..

Pusing dari satu row ke satu row last2 nampak 2 orang pulak pakai uniform macam tu. Weh, dari tepi kenapa buncit pulak?

“Kah kah kah…gilor siti mahiran ni..!”

Kena tipu!! SECURITY laaaaaaaaaaaa….. Nepal pulak tu!

“Padan muka aku..”

Mulut tersipu2 tahan nak gelak, macam orang tak betul je rasa.

Mujurlah mulut tak sempat nak terlopong.

Tapi ape pasal uniform diorang macam lain je? Selalu kan lengan pendek, lepas tu mana ada yang pakai topi. Ke aku yang salah?

“hahahaha… Hambek kaw..”

EH, bukan kata aku nak pilot. Jauh panggang dari api, letak daging dua hari dua malam pun belum tentu daging masak sebab api jauh sangat. Dorg lagi lah, usah kata sebelah mata, jeling hakak pun tidak gamaknya. hahaha

Cuma, suka je tengok. Suka tak semestinya ingin memiliki. Kan kan…



Punya cepat nk pilih, dah bayar baru perasan ni cuma untuk 750ml jer... haihhh!


Sebelum balik, lets mengopi dulu. Setakat ni aku kekal dengan Latte..




Sunday, July 23, 2017

KUAH ROJAK BUAH 'MARVELOUS'

"Learn to take risks in life. If you win, you can lead and if you lose, you can guide"


Dah lewat malam, tapi tak boleh tidur sebab siang tadi tidur lama temankan si kecik Iman Danish. Dah tak boleh tidur, bangun bukak peti, makan rojak buah yang bawa balik dari rumah kakak petang tadi. Harap esok tak sakit perut sebab ada banyak buah nenas, buah lain dah habis dah.

Hari minggu rasa terisi bila dengan anak2 buah, nak2 si Iman dah pandai macam2 dah sekarang.
Semalam pandai pulak dia acah2 takutkan kita dengan jengkilkan mata, lepas tu bunyi mengeram konon2 dia tu hantu. Kita buat2 terperanjat, apa lagi mengekek dia dia ketawa. Lepas tu dia ulang 2-3 kali.. Geli hati rasa.

Pagi tadi dia buat perangai lagi. Awal benar suis mood baik dia on, sakan duk mengusik suruh makcik dia ni terkejut. Berjengkit2 kaki sambil bilang 1..2..3.. hahhh!

Iman... Iman...



Tak sure video ni berjaya diupload atau tidak.. If yes, yaa budak ni buat makcik dia melting..






Haaa yes, KUAH ROJAK MARVELOUS. Semalam kakak buat open house, semua makanan dia masak sendiri. Aku tolong2 je apa yang patut, tak reti nak masak sekali sebab kami ikut sifu yang berlainan.. Takut bergaduh plak. Maklumlah dia tak ikut mak, aku segala jenis masakan ikut resepi mak.. Hehehe

Tapi kuah rojak yang dia buat memang patut dapat pujian, semua tetamu yang datang pun puji. Aku lagi lah.. Jaranglah jugak nak akui masakan kakak yang ni sedap, bila cakap sedap tu memang sedap lah.. HAHAHA

Sempat mintak resepi, esok lusa tulat tonggeng nak buat lah.. 

Resepi ni aku pernah buat dah lama dulu, bahan2nya sama cuma cara masakan je lain sikit. Tapi aku share cara yang kakak buat sebab dia punya kuah rojak lagi sedap dari aku punya. Upss!


BAHAN-BAHAN UTAMA
  1. Kicap Manis cap Kipas Udang - 1 botol kecik
  2. Sos cili - 1 botol kecik
  3. Gula pasir - setengah kilo
  4. Nisey Kelantan - 1 keping
  5. Belacan - 1 ketul
  6. Cili kering - 10 tangkai (nak pedas, buh lebih)
BAHAN HIASAN
  1. Bijan goreng
  2. Kacang tumbuk

CARA-CARA
  1. Kisar cili kering & belacan
  2. Masukkan dalam periuk, rebus sampai air kering
  3. Masukkan semua bahan2 utama yang lain sekaligus
  4. Biarkan mendidih dengan api sederhana, kacau sekali sekala
  5. Bila dah sampai tahap kepekatan yang korang nak, ttaburkan bijan & kacang tumbuk
  6. Siap
PSSTT  : Kuah akan memekat lagi bila dah sejuk. Jadi masa mendidih, cuba angkat kuah dengan senduk & tuang bagi dia menitik. Kalau lambat dia menitik, dah pekat dah la tu. Boleh simpan dalam peti, tahan berbulan2. Botolkan baik2. 

Nahh, siap labelkn lagi menu tau. Kat rumah mana lagi korang nampak tuan rumah buat macam ni time open house? hihi

Ni pun aku labelkan, mana lah tahu ada hakak diva yang tak kenal kan... haha




Monday, July 17, 2017

ROTI CANAI SUSU PEKAT MANIS

"If you have the power to make someone happy, do it. The world needs more of that.."

Hai...
Random topic. 
Bukan resepi. 
Bukan jugak jalan-jalan.
Tapi, ingin menterjemah apa yang dilihat mata dan dirasa oleh hati. Moga jari jemari dan otak boleh bekerjsama dengan baik sehingga tamat penceritaan.

Hampir setiap minggu aku pergi pasar malam,  hari Selasa. Dah jadi habit, pusing pasar sampai ke hujung dan patah balik baru decide untuk beli apa. 

Selalu juga nampak seorang pakcik jual roti canai segera sambil berdiri. Tiada meja, tiada kerusi. Roti canai diletakkan di atas beg beroda yang selalu makcik2 bawa pergi beli barang2 di pasar.

Roti canai yang dibuat oleh anak2 yatim dari rumah kebajikan, Rawang. Sepeket RM3, ada 5 keping dalam satu peket. Dua peket RM5. Aku bukan penggemar roti canai, tapi aku punyai hati tisu. Bertanya satu dua soalan, siapa buat, dari mana... Aku beli 2 peket. Balik rumah, simpan dalam peti. Paksa housemate untuk makan, tapi tak berusik.

Minggu depan aku beli lagi. Minggu berikutnya aku beli lagi. Dan minggu lepas aku beli, kali ini aku makan. Panaskan sekeping dalam kuali leper dengan olive oil, aku jadikan susu manis f &n dan sambal hitam sebagai pencicah. Allahu, tergamam. Rangup, lembut, nipis.. Sumpah sedap!

YES! Teringat yang aku dah banyak membazir bila biarkan roti canai yang  sebelum2 ni berkulat macam tu je. Zalim jugak rasa.

Tapi aku pasti, ada hati yang gembira bila jualan mendatangkan hasil. 

Belilah. Beli. Tak rugi. Kerana kita punyai kuasa untuk buat orang lain gembira. 

Selagi hati terusik dengan apa yang dilihat mata, aku percaya Allah masih bersamaku. Jangan sampai suatu masa hati sudah tidak rasa apa2 apabila terbentang penderitaan orang lain didepan mata, aku khuatir jika hati telah gelap dan jauh dari perhatianNYA. NAUZUBILLAH.

Aku juga dari keluarga peniaga. Mak berniaga, kakak no 4 berniaga, kakak no 5 berniaga. Aku bayangkan kalau mak yang niaga, tak laku. Orang ramai lalu lalang kat depan, tapi tak masuk dekat. Sampai peniaga kiri kanan dah kemas meja, jualan kita masih belum luak. Dah terbayang nak beli lauk untuk buat balik makan kat anak2, nak beli kuih anak2 pesan, nak bagi anak2 belanja sekolah. Tapi tak cukup hasil. Sedih. Aku dah rasa. Kesian mak.. Allahu.

Jadi, kalau nampak makcik2 jual sayur, beli. Nampak Orang Asli jual petai tepi highway, beli. Nampak pakcik jual tisu, beli. 

Jangan tanya aku apa yang korang dapat, tepuk dada tanya iman. Mana tahu, kebaikan yang sedikit itulah yang akan membawa kita ke jalan Syurga Allah yang kekal abadi. Siapa tahu... 

Ganjaran itu milik Dia. 

Cubalah. Cuba gembirakan hati sendiri dengan memberi senyuman kepada orang lain.



Saturday, July 15, 2017

SAMBAL TEMPOYAK PETAI BILIS

"The reason why we can't let go of someone is because  deep inside we still hope..."

Hai korang...

Siang tadi memenuhi undangan rumah terbuka kawan satu office dulu. Kawan ni setiap tahun buat open house, rajin betul dia. Menu tadi mee kari dengan rendang ayam pencen, sedap. Tq Yola,tq mak yola...

Dua mak budak, empat belum lepas lagi...ahaks!

Minggu depan kakak nak buat open house jugak, tapi menu yang dia plan nak masak ialah masakan kampung dengan ulam-ulaman. Antara menu dia yang buat aku teruja ialah sambal tempoyak petai... Peberet ai!

Sambal ini lah jugak antara yang kami adik beradik pandai masak, baik lelaki atau perempuan. Semua sama je style masakan, yang berbeza tahap kepedasan je. 

Dulu masa mak sihat, mak rajin buat tempoyak sendiri. Tempoyak mak buat memang sedap, cukup masam dan manis semulajadi dari durian tu. 

Zaman kecik2 dulu, tahun 90an, aku sekolah rendah mak berniaga dodol kat pekan sehari. Lepas habis berniaga mak akan beli durian seguni dua wat balik rumah. Al-maklumlah anak2 ramai kan. Durian time tu murah gila, ada sampai 50 sen sebijik. Yang jual pun kawan2 mak jugak, mungkin tolak harga kawan2 la gamaknya. Mak aku memang hantu durian sampai sekarang. Pantang nampak mesti merengek suruh beli. Maka, kerana sayang kuturutkan jua...

Masa mak buat tempoyak tu rajin jugak duk tolong. Senang je, buang biji & gaul isi durian dengan garam secukup rasa. Simpan 2-3 hari kat luar, dah boleh guna untuk memasak. Lepas tu simpan la dalam peti untuk lebih tahan lama.

OK! Jom buat sambal petai tempoyak my pebret ikut resepi bonda terchenta. Tempoyak aku beli siap, tak ingat berapa harga tapi agak mahai jugak lah bagi aku. Huhu

BAHAN-BAHAN :
  1. Ikan bilis - segenggam
  2. Petai - 4 papan
  3. Tempoyak - 2 @ 3 sudu bergantung pada masam tempoyak korang
  4. Cili api - ikut tahap kepedasan
  5. Bawang merah - 3 @ 4 ulas
  6. Bawang putih - 1 @ 2 ulas
  7. Bawang merah besar - 2 biji (dihiris)
  8. Gula
  9. Garam
  10. Air - 1 cawan

CARA - CARANYA IALAH :
  1. Tumbuk bahan 4,5,6 
  2. Dah hancur step 1, masukkan tempoyak & tumbuk manja untuk pastikan tiada tempoyak yang berketul
  3. Panaskan minyak, tumis bahan yang dah siap tumbuk
  4. Masukkan ikan bilis & petai
  5. Masukkan air, gula, garam & bawang merah besar yang telah dihiris
  6. Biarkan mendidih & kacau sekali sekala sampai air kering 
  7. Siap

Sambal ni makan dengan nasi panas-panas.. MasyaaAllah, saat tu korang akan rasa memang tiada makanan yang paling sedap melainkan yang ini. Kalau tak selera makan, sambal tempoyak petai boleh dijadikan ubat. Hehe

Kalau tak suka petai, boleh tukar dengan jering jugak. Sama je step dan bahan dia, cuma jering ni liat sikit so kena lebihkan air sampai betul2 empuk.

Wokaih, good luck bebeh!!

Friday, July 14, 2017

SAMBAL HITAM PAHANG

"Be happy. Not because everything is good, but because you can see the good in everything...."

Yup! because you can see the good in everything. 

Tak perlu merungut kalau dapat sesuatu yang tidak memuaskan hati sebaliknya cuba cari kebaikan di dalam perkara/sesuatu yang telah diberikan kepada kita. Dengan itu, boleh latih diri agar sentiasa bersyukur dengan apa adanya. Jika mahu lebih, maka usaha juga perlu lebih dan berterusan... 



GAMBAR SELINGAN..
Anak sedara Muhammad Iman Danish kantoi main lipstikku. Comot molot dia!


Okay.. Korang pernah rasa sambal hitam Pahang tak? Ada yang panggil sambal belimbng hitam juga, yang penting kalau kata sambal Pahang, maka sambal hitam dan sambal belimbing adalah sambal yang sama. Belimbing yang digunakan pula adalah belimbing buluh yang direbus dengan garam (tanpa air) sekurang-kurangnya 4 jam sehingga bertukar warna. Hitam tu akan jadi bila yang dah direbus tu disimpan lama.


Bukan nak iklan, tapi nak tunjuk ini sambal hitam yang kakak aku jual...



Aku hantu sambal hitam yang kakak no 4 buat. Kakak no 4 ni masak apa pun sedap sebab dia punya air tangan sama rasa dengan air tangan mak. Jadi, kalau balik kampung aku lebih suka pergi menempel rumah kakak no 4 untuk makan sedap2. 


Disebabkan aku hantu sangat, kakak ajar cara-cara untuk buat sendiri bila balik rumah sewa. Dia dah bekalkan siap2 belimbing hitam yang dah direbus.

Jom aku share cara nak buat sambal. 

BAHAN-BAHAN :
  1. Ikan bilis  - 1 genggam
  2. Belimbing buluh yang telah direbus (ikut sukatan kemasaman belimbing, anggarkan 2@3 sudu besar.
  3. Bawang merah 
  4. Bawang putih
  5. Cili api
  6. Sedikit gula

CARA-CARA : 
  1. Tumbuk semua bahan (Ikan bilis tumbuk asing)
  2. Bahan 2,3,4 & 5 boleh tumbuk sekali
  3. Panaskan minyak yang sedikit (macam nak goreng telur je)
  4. Masukkan semua bahan yang telah ditumbuk
  5. Masukkan gula
  6. Goreng sampai garing
  7. Kalau perlu, masukkan air untuk hancurkan gula dan goreng sampai air kering
  8. Siap!

PENTING : TAK PERLU MASUK GARAM LAGI DAH SEBAB BELIMBING BULUH YANG DIREBUS TU MEMANG DAH MASIN.



Thursday, July 13, 2017

RENDANG AYAM RESEPI BONDA

"One of the best lessons you can learn in life is to master how to remain calm..."



Assalamualaikum….

Selamat Hari Raya ke 19, pejam celik sekejap je masa berlalu. Sempit sangat dah rasa dunia sekarang. Rasa macam baru lagi sibuk2 nak sambut Ramadhan Kareem haritu, tup tup dah nak habis puasa.. Haaa…Dah habis puasa 6 belum? Jeng… jeng jeng…

Ok kali ni nak berkongsi resepi rendang ayam bonda tersayang. Resepi ni memang 100% daripada tunjuk ajar mak, sejak dah pandai buat, dah diluluskan oleh Ketua Biro Masakan (ayah) :-P, maka setiap tahun sejak lebih kurang 4-5 tahun yang lalu, memang aku yang masak rendang bila time Hari Raya. Kalau kakak ada, aku undur diri lah sebab dia tak ikut resepi mak, dia ikut suka-suka dia. Jadi tak boleh ada dua chef kat dapur, nanti takut pisau melayang… Bila dia raya rumah mertua je, barulah dapur itu aku yang punya dan Biro Masakan yang dianggotai oleh aku, mak dan ayah pun berkuasa sepenuhnya ikut kehendak chef yang telah diiktiraf oleh biro ini…

Baru-baru ni masak rendang ayam untuk dibawa ke potluck office. Disebabkan kakak-kakak office selalu perli bila nak merasa masakan aku, kali ini lah nak tunjuk skill pun.. Haha… Tunggu yaa kakak.

Sebelum tu nak bagitau siap2, disebabkan ini resepi yang diturunkan dari mak, jadi semua bahan2 pun bukan yang segera punya. Semua buat dari A ya… Sampai kerisik tu aku buat sendiri walaupun dah ada yang siap packing kat pasaraya. But untuk potluck ni, aku guna kerisik segera je sebab Pengawas (mak aku) xde sekali… Shhh..

Sedap juga kerisik yang ini..


Meh nak bagitahu macam mana nak buat kerisik :
  1. Goreng kelapa parut sampai semua bertukar warna perang (semua, bukan perang pucat tapi perang yang GARING).
  2. GARING dalam erti kata ini ialah, bila awak pegang, memang ada rasa kerangupan kelapa tu
  3. Tumbuk sampai pecah minyak, memang betul2 PECAH MINYAK (Tumbuk ketika masih panas lebih senang nak hancur lumat)
  4. Dah boleh guna untuk masak rendang

JOM MASAK RENDANG!

INI BAHAN-BAHAN NAK BUAT RENDANG AYAM
  1. Ayam     - 2 ekor (potongan biasa ialah kerat 18)
  2. Santan – 1 setengah biji kelapa (Anggaran dalam 500g santan)
  3. Kerisik – Setengah biji
  4. Nisey Kelantan (Gula Melaka) - 2 keping
  5. Garam secukup rasa
  6. Daun Kunyit (Untuk hiasan) - 3 ke 4 helai
BAHAN-BAHAN A:
  1. Jintan manis – 1 sudu kecil
  2. Jintan putih – 1 sudu kecil 
  3. Ketumbar – 1 sudu kecil 
** Kesemua bahan disangai (goreng tanpa minyak)  - Masukkan ketumbar dulu, lepas seminit baru masukkan jintan manis & jintan putih) - Lebih kurang 5 minit. Tumbuk hingga jadi serbuk.



BAHAN-BAHAN B (Dikisar) :

  1. Bawang merah besar – 8 hingga 9 biji (aku suka taruk banyak- untuk buat awas)
  2. Bawang putih – 1 labu
  3. Lada kering – 1 genggam (ikut tahap kepedasan masing2)
  4. Lengkuas – 3 ruas jari
  5. Halia – 2 ruas jari
  6. Serai – 4 batang

CARA-CARA :
  1. Kisar Bahan-bahan B & tumis sehingga pecah minyak
  2. Masukkan nisey (atau kalau xde boleh guna gula pasir sahaja)
  3. Masukkan garam
  4. Masukkan bahan-bahan A yang telah menjadi serbuk
  5. Masukkan kerisik
  6. Pastikan semua sebati, masukkan ayam
  7. Untuk elakkan ayam hancur, terus masukkan santan
  8. Dengan api sederhana, kacau sesekali sahaja sampai dapat kepekatan yang korang inginkan
  9. Bila ayam empuk, masukkan hirisan daun kunyit
  10. Biar seketika, dan padamkan api
  11. SIAP
Hope resepi ini membantu ya...

Oh ya, nisey Kelantan tu aku xtau nak terjemahkan macam mana, tapi rasa dia lebih sedap dari gula melaka, lebih sedap dari gula pasir biasa. 

GOOD LUCK!

Tuesday, July 11, 2017

KETUMBAR, NOT KEPUMBAR, NOT KEMUBAR!


“Feelings don't walk away, people do...."


Ehemmm…. Lain macam bunyi quote kat atas ni kan, pedas pulak rasa… hehe
.
.
Hari Isnin baru-baru ni kawan2 office plan nak buat potluck, dorg dah bahagikan siap2 dah orang tu kena masak apa, orang ni kena masak apa. Aku dapat rendang ayam. Actually memang request untuk masak rendang ayam pun. Terkejut kakak2 office bila kata aku boleh masak rendang ayam… Apa? Ingat orang tak reti masuk dapur ke? Tengok orang laaaa… :-P

Al kisahnya, Ahad sebelum kejadian aku keluar pergi satu pasaraya yang dekat dengan rumah untuk beli semua bahan2 untuk dimasak.

Masuk Pasaraya Suria, amek bakul dan terus ke bahagian barang-barang basah. Tengok ayam, Nampak tak fresh. Cancel, nanti pergi beli kedai lain. Pergi bahagian rempah ratus, amek jintan putih, jintan manis dengan ketumbar. Ketumbar tinggal 1 paket je, tak ada bar code pada paket ketumbar tu tapi aku biasa beli paket yang macam ni harganya Satu Ringgit.


Pada yang tak kenal, ini namanya KETUMBAR ya...

Selesai amek barang-barang yang dah disenaraikan lebih awal kat rumah tadi, aku proceed nak bayar. Cashier pasaraya ni aku agak warganegara Vietnam, perempuan, tak pandai cakap Melayu. Setakat “kakak, kakak” tu ok la. Si dia scan satu per satu barang yang ada dalam bakul tadi, sampai tang ketumbar, dia laung kat kawan yang ada di kaunter depan sambal tunjuk paket tersebut. Bahasa dorg memang tak difahami, tapi mindaku mentafsir yang kawan tu suruh taip apa yang dia eja dalam system di computer kawan ni.. Dia cakap ketumbar, tapi ejaannya disebut satu per satu ialah KEPUMBAR, enter! Tak dapat. Tanya balik, kawan tu cakap laju-laju. Aku pun tak dapat tangkap apa yang dia eja, yang pasti aku Nampak kawan ni taip KEMUBAR. Aku tegur salah dan bagitahu ejaan yang betul K.E.T.U.M.B.A.R… Dia tak nak dengar. Tiga empat kali juga dia try & error, aku menahan rasa. Last2 dia cari S.A.Y.U.R dan caj RM 1.90 !! Wahh, mudah hidup. Of cozla hakak bengang dan tak setuju.

“Ini rempah, bukan sayur.. Kenapa awak charge saya RM 1.90? Ini bukan sayur..”

Cong ceng cong ceng dia sembang dengan member jiran depan kaunter. 

Disebabkan hakak degil, dia bagi hakak key board untuk taip ejaan yang betul. KETUMBAR, enter! 

Hah dapat, tapi ada banyak harga dan berat. Dia pilih yang berat 150g, harga RM 1.60.. Salah la kakak. Siapa yang cashier ni? Hadoiii... Ini berat 100g la. Tak setuju lagi.

Kemudian datang sorang pekerja lelaki selamatkan keadaan. Dia hulur paket yang sama, ada bar code. Mana dia dapat tak pasti, dan harganya SAHIH ialah Satu Ringgit! Uwaaa… hakak bengang hampir kena game dengan minah ni. Mencik mencik mencik! Mentang2 hakak kecik molek, dia senang2 nak memperkotak-katikkan hakak.. Kecewa sangat. Sikitpun dia tak say sorry atau tunjuk rasa bersalah, dia cuma sambung cong ceng cong ceng dengan kawan tu, marah mungkin bagi info yang salah. Tak kira, hakak sakit hati dah. Sabar sabar jugak, lebih baik tak melabur pada tempat yang salah.

Maka hakak mengambil keputusan drastic untuk meninggalkan begitu sahaja semua barang2 tersebut dan keluar kedai dengan tangan yang kosong tapi dengan hati yang penuh dengan bengkak sana dan bengkak sini..

“Cancel semua, you tak jujur…” Macam lah dia faham kan. Jalan laju2 ke keretaa.

Hakak tak nak pergi kedai tu lagi dah. Nanti terrbuat perangai lain pulak kang.

Dah pergi kedai ke-2, Wall Mart kat Seksyen 6 Kota Damansara, settle semua. Cashier adik manis bertudung, senyum je… Sejuk hati akak dik.

 Ok tu je nak cerita….

Jom masak rendang!